Tak 'perform' 2 tahun, legenda Chelsea suruh Raheem Sterling salahkan diri sendiri


  • Podium
  • Khamis, 12 Sep 2024

Sterling meledak 19 gol dalam semua kejohanan selain 12 umpanan gol bersama Chelsea. — Agensi

BEKAS pemain Chelsea, William Gallas percaya bahawa bintang baharu Arsenal, Raheem Sterling hanya perlu menyalahkan diri sendiri ekoran kehilangan tempat dalam skuad The Blues sebelum berhijrah ke Emirates.

Sterling dikejutkan dengan keputusan pengendali baharu Chelsea, Enzo Maresca apabila tidak berada dalam perancangan pasukan musim ini, namun Gallas mengakui bahawa situasi itu berlaku kerana pemain itu beraksi di bawah tahap sebenar selepas berhijrah ke Stamford Bridge.

Pemain sayap tersebut hanya berjaya meledak 19 gol dalam semua kejohanan selain 12 umpanan gol menyebabkan Gallas percaya ia tidak cukup untuk seorang pemain berstatus bintang seperti Sterling.

BACA LAGI: 'Hanya tertunggak sebulan setengah', Pengerusi Perak FC akui saingan liga berehat jejas keuntungan kelab

BACA LAGI: Ramon Marcote cabar CEO MFL beri nafas baharu, berani eksport pemain tempatan ke Eropah

"Kadang kala pemain perlu menyalahkan diri mereka sendiri apabila prestasinya tidak berada pada tahap terbaik. Raheem Sterling berada dalam situasi tersebut apabila gagal menonjol sepanjang dua musim di Chelsea.

"Jumlah jaringan dan umpanan gol yang dihasilkan pada saya tidak cukup dan pengurus baharu (Maresca) sudah pasti mengetahui dan melihatnya sebelum membuat keputusan untuk mengetepikannya daripada perancangan pasukan, ia bukan salah pengurus.

"Sekarang, semua orang mahu melihat apa yang mampu dilakukan di Arsenal. Pemain juga adakalanya perlu merasai perhatian daripada pengurus untuk dia mengeluarkan tahap permainan terbaik,” jelasnya.

Bagaimanapun, Gallas berharap Sterling mampu untuk kembali berada pada tahap terbaik terutama apabila kembali bergabung bersama Mikel Arteta yang pernah membimbingnya ketika mencapai kemuncak prestasinya bersama Manchester City sebelum ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram