[VIDEO] ‘Kami risaukan keselamatan’, konten pemuda dimarahi bapa budak tingkat kesedaran remaja bawa motor secara berbahaya


  • Massa
  • Ahad, 09 Nov 2025

Bapa (kiri) bersama anaknya (kanan) ketika berdepan dengan pemuda yang menegurnya itu.

MENJADI salah satu budaya kita mempunyai ikatan yang utuh sesama jiran di kawasan perumahan.

Semangat saling menjaga satu sama lain antara kunci dengan jiran akan menegur jika berlakunya kesalahan dilakukan.

Dalam sebuah rakaman yang di media sosial, seorang pemuda menegur remaja bawah umur yang membawa motosikal secara berbahaya sambil membuat aksi bahaya.

BACA LAGI: ‘Comel adik’, Rizal Ghazali, isteri sambut kelahiran cahaya mata sulung

BACA LAGI: 'Acik' kantin dijulang jadi wira, sumbang usaha pastikan rekaan SMK Jugra muncul juara

Mengikut kejadian yang tidak dapat dipastika lokasinya, remaja itu kemudiannya memberitahu kepada bapanya, lalu pemuda tersebut dimarahi semula kerana tindakan menegur itu.

“Dia nak buat apa dengan motosikal dia tu, dia punya pasal lah,” kata bapa remaja itu.

Namun begitu, pemuda tersebut tidak bersetuju dengan pendapat bapa remaja itu yang dilihat seolah lepas tangan.

Bagi pemuda itu, teguran tersebut dibuat atas faktor ingin menjaga keselamatan remaja tersebut dan penduduk setempat.

“Kami ni risaukan keselamatan kawasan ni, risau jadi berlaku kemalangan.

“Memang ni bukan jalan kami, tapi ini melibatkan keselamatan dia dan keselamatan orang lain tak terjamin. Bahaya dia bawa motosikal macam tu.

“Nasib baik tak terlanggar tiang elektrik lepas dia buat wheelie,” kata pemuda tersebut.

Teguran pemuda tersebut tidaklah berniat buruk, sebaliknya sekadar risau akan keselamatan dan tidak mahu remaja tersebut membuat perkara sia-sia.

Ibu bapa sepatutnya lebib cakna dan memantau tingkah laku anak mereka terutamanya apabila di luar rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram