OKS terbuka kembali ke Malaysia, Sabah-TFC mungkin pilihan tepat tapi ada syaratnya


  • Podium
  • Selasa, 04 Nov 2025

Kim Swee terbuka untuk kembali semula ke Malaysia.

PENGENDALI Persik Kediri, Datuk Ong Kim Swee tidak menolak sebarang kemungkinan untuknya kembali semula ke Malaysia sebagai jurulatih kelab Liga Super.

Dia yang kini mengendalikan kelab Liga Super Indonesia itu terbuka untuk menerima tawaran kembali ke Malaysia namun meletakkan beberapa syarat.

Berdasarkan perkongsian pemerhati bola sepak tempatan, Fina Nasrom, Kim Swee mahu kelab yang mempunyai hala tuju jelas untuk memikatnya kembali ke Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemain tertunduk, aksi terhenti lepas jurulatih kelab Serbia meninggal dunia di tepi padang

BACA LAGI: TMJ anggap hukuman FIFA bermotifkan politik

"Saya harus menerima satu-satu corak kejurulatihan atau pengurusan yang cukup profesional dan inginkan sesuatu yang positif oleh pembantu kelab mahupun AMD, NFDP dan mana-mana sekali pun.

"Sebagai jurulatih, kita harus mempertimbang apa yang datang dan bukan saja mempertimbangkan dari segi aspek tawaran yang baik.

"Tapi, tawaran itu juga perlu mempunyai projek yang baik atau dari segi kelab, pengurusan yang cukup profesional,": kata Kim Swee.

Kim Swee sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Super walaupun namanya masih lagi menjadi perhatian di Indonesia.

Sabah FC antara kelab yang penyokongnya, menyambut baik kepulangannya memandangkan musim suram dihadapi mereka.

Malah, Terengganu FC juga dikaitkan dengan Kim Swee di saat mereka turut bergelut dengan prestasi bersama pengendali Badrul Afzan Razali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram