KUCHING City FC memasang impian untuk mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) semasa melayan kunjungan mereka pada aksi separuh akhir pertama Piala FA pada Ahad.
Jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata kelabnya mensasarkan untuk tidak bolos terlebih dahulu semasa beraksi di laman sendiri.
Ditambah tanpa kehadiran tiga pemain iaitu Ramadhan Saifullah, Daniel Amier dan Haziq Nadzli kerana status mereka sebagai pemain pinjaman dari JDT, Kuching perlu mencari jalan lain untuk menyekat mereka.
BACA LAGI: [VIDEO] Piala FA: Peluang terbaik The Rhinos tambah garam di luka Gergasi Merah
BACA LAGI: Remaja bawah 15 tahun dilarang sertai sukan tinju, muay thai dan MMA — KBS

Aidil berharap skuadnya tidak bolos dahulu berdepan JDT.
“Akan ada beberapa perubahan dalam kesebelasan utama daripada perlawanan sebelum ini kerana tiga pemain kami tidak boleh bermain.
“Jadi kami perlu ambil mana-mana pemain yang ada. Ini adalah perlawanan besar, jadi semua pemain teruja untuk itu.
“Apa yang paling penting untuk kami adalah untuk tidak bolos dulu. Saya percaya para pemain bersedia dan akan menikmati perlawanan ini,” ujar Aidil.
Musim ini, Kuching beraksi dengan baik dalam Liga Super apabila mereka menyertai kelompok memburu slot ke kejohanan Asia musim depan.
Walaupun begitu, Aidil tetap berasakan yang Kuching adalah pasukan bukan pilihan terutamanya ketika mereka berdepan lawan seperti JDT.
“Kami sentiasa menjadi pasukan bukan pilihan apabila bertemu JDT, mereka pun beraksi baik bertemu Shanghai Shenhua, jadi motivasi mereka cukup baik untuk perlawanan ini.
“Tapi apa saja boleh berlaku dalam bola sepak. Perkara paling penting adalah para pemain konsisten dan perlawanan dikawal dengan baik oleh pengadil, jadi semua boleh menikmati perlawanan ini,” jelas Aidil. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
