Skandal pemain warisan : Palmero pemain pertama dibatal kontrak


  • Podium
  • Sabtu, 08 Nov 2025

Palmero sah meninggalkan Unionistas de Salamanca dan Tenerife selepas FIFA mengesahkan penggantungan selama setahun terhadapnya akibat pemalsuan dokumen. — Agensi

PEMAIN warisan, Gabriel Felipe Arrocha sah meninggalkan Unionistas de Salamanca dan Tenerife selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan penggantungan selama setahun terhadapnya akibat pemalsuan dokumen.

Kelab Tenerife dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, tempoh pinjaman pemain yang lebih dikenali sebagai Gabriel Palmero bersama Unionistas ditamatkan. 

Pada masa sama, kontraknya bersama Tenerife juga dibatalkan selepas keputusan rasmi dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia itu.

BACA LAGI : 'Apa yang kita cuba buktikan?', legenda Malaysia gesa FAM jangan bawa kes 7 warisan ke CAS

BACA LAGI : Malang berganda, kelab Colombia dalam proses tamatkan kontrak Holgado serta-merta

Terdahulu pada 26 September lalu, FIFA mengumumkan hukuman ke atas pemain berusia 22 tahun itu kerana melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA apabila didapati memalsukan dokumen bagi membolehkannya mewakili skuad Harimau Malaya, yang sudah beberapa kali disertainya sebelum ini.

Tujuh pemain warisan Harimau Malaya digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak. — Facebook Malaysian NT

Menurut kenyataan FIFA, tujuh pemain Malaysia serta Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut digantung selama setahun, selain setiap pemain dikenakan denda €2,140 (kira-kira RM10,700).

Untuk rejkod, Palmero yang sebelum ini dipinjamkan ke Unionistas sempat beraksi satu perlawanan bersama kelab itu dan satu perlawanan bersama Tenerife dalam saingan Segunda Division musim lalu.

Difahamkan, selepas digantung tugas, Palmero pulang ke Pulau La Palma, Sepanyol bagi menunggu pengesahan rasmi FIFA sebelum kedua-dua kelab memutuskan untuk menamatkan kontraknya.

Selain Gabriel, pemain lain yang turut dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak ialah Holgado, Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram