Pamer Jalur Gemilang, kualiti bintang akademi Arsenal belum terbukti, lagi-lagi nak dirisik sebagai pemain warisan


  • Podium
  • Isnin, 03 Nov 2025

Robinson harus buktikan kebolehannya dahulu sebelum cuba mewakili Malaysia. — Agensi

NAMA Josh Robinson tiba-tiba saja menjadi sebutan penyokong Malaysia selepas pemain itu mengaku mempunyai pertalian darah dengan negara menerusi ibunya.

Pengakuan itu dibuat oleh Robinson pada 2024 semasa dia masih seorang pemain akademi kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal kepada media rasmi kelab itu.

"Saya membesar di Leyton yang terletak di timur London, dan latar belakang keluarga saya adalah bapa saya adalah warga Jamaica dan ibu saya adalah orang Malaysia," ujarnya.

BACA LAGI: 'Buktikan dulu', mengaku ibu orang Malaysia, susur galur bekas pemain akademi Arsenal mesti disiasat

BACA LAGI: Pastikan sahih sebelum ‘lamar’ Josh Robinson, ambil iktibar kisah 7 pemain warisan

Kini tidak mempunyai kelab selepas dilepaskan oleh Wigan Athletic pada Januari lalu, pemain pertahanan berusia 20 tahun itu mula menunjukkan minat untuk mewakili Malaysia selepas namanya jadi sebutan di sini.

Robinson dilihat mula meletakkan Jalur Gemilang pada profil Instagramnya bersama-sama bendera England (negara kelahiran) dan Jamaica yang merupakan negara bapanya.

Namun begitu, di saat keterujaan terhadap potensi Robinson untuk mewakili Malaysia, timbul keraguan terhadap kebolehannya.

Hal ini kerana, faktor usia masih muda dan tidak mempunyai kelab menimbulkan persoalan, "budak ni boleh ke main?" dalam kalangan penyokong.

"Dapatkan kelab dulu baru panggil untuk (main) Malaysia. Takkan teruk sangat sampai tak ada siapa nak ambil?," kata penyokong bernama Nor Izmi.

"Bagi dia main dengan skuad bawah 23 tahun dulu, uji dulu selama dua tahun. Jangan terlalu gopoh, kita pun tak tahu prestasi dia lagi," ujar Ashraff Ash.

"Bagi dia main pasukan senior dan pantau prestasi, bukannya asal kacukan terus kaut," komen Mat Rider. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram