Pelaksanaan subsidi bersasar bagi gula, beras dan minyak masak bakal contohi BUDI95


  • Bisnes
  • Isnin, 03 Nov 2025

Barangan keperluan seperti gula, beras dan minyak masak akan dilaksanakan subsidi bersasar secara berperingkat.

KERAJAAN akan menambah baik pelaksanaan subsidi bersasar bagi barangan keperluan seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan menyalurkan bantuan dengan lebih berkesan kepada golongan yang benar-benar memerlukan di samping mengelakkan ketirisan.

Lim turut menambah bahawa pendekatan tersebut akan mencontohi pelaksanaan subsidi bahan api bersasar bagi diesel dan program BUDI95.

BACA LAGI: Tanda halal Muslim's Choice tak diiktiraf Jakim, mengelirukan pengguna Islam

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pelancong tempatan pun dah rasa tak selamat di Bukit Bintang', wanita rugi hampir RM10,000 jadi mangsa penyeluk saku

A petrol station worker checkingMYkad of acustomer eligibility ahead of the Ron95 subsidy programme at Petronas station in Kuala LUMPUR21.- AZHAR MAHFOF/The Star

Mekanisme pelaksanaan BUDI95 akan digunakan bagi program subsidi bersasar barangan keperluan asas seperti gula, beras dan minyak masak. — Gambar hiasan

“Pada masa ini, keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan pelaksanaan program subsidi bahan api bersasar seperti diesel dan BUDI95 berjalan lancar sebagai asas kepada penstrukturan semula subsidi yang lebih menyeluruh,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Syerleena Abdul Rashid (PH–Bukit Bendera).

Di bawah program BUDI95, rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli sehingga 300 liter petrol RON95 bersubsidi sebulan menggunakan MyKad.

Syerleena bertanya sama ada pelaksanaan subsidi bersasar akan diperluas kepada barangan seperti gula, minyak masak dan beras bagi memastikan ia sampai kepada kumpulan sasaran dengan lebih tepat serta mengurangkan ketirisan.

Bagi memastikan barangan bersubsidi sampai kepada kumpulan sasaran, Lim berkata, kerajaan telah memperkukuh serta meneruskan operasi penguatkuasaan bersama agensi lain.

Beliau berkata, antara operasi tersebut termasuk 'Ops Tiris' dan 'Kita Gempur' bagi membanteras penyelewengan serta ketirisan barangan bersubsidi.

“Selain itu, kerajaan juga akan memastikan bekalan gula, beras dan minyak masak bersubsidi tersedia di setiap program Jualan Makanan Rahmah MADANI,” katanya.

“Bagi tahun 2025, program ini akan diperluas daripada sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen kepada sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” tambahnya.

Beliau berkata, peluasan itu meliputi lebih 600 kawasan DUN di seluruh negara.

“Hasilnya, barangan bersubsidi akan lebih mudah diperoleh, khususnya di kawasan yang sukar mendapatkan bekalan tersebut di kedai runcit biasa,” katanya. — The Star/ RAHIMY RAHIM dan RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram