[VIDEO] Asap hitam tebal cetus misteri, enam sesak nafas 4 kilang kain terbakar serentak di Sungai Buloh


  • Kes
  • Isnin, 03 Nov 2025

Pihak bomba berusaha memadamkan kebakaran empat kilang penyimpanan kain di Sungai Buloh pada Isnin. — JBPM

MISTERI asap hitam tebal yang membelenggu kawasan di Sungai Buloh, Selangor terungkai apabila berlakunya kebakaran melibatkan empat kilang penyimpanan kain pada Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Desa Aman, seramai enam mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kebakaran tersebut.

BACA LAGI: Tembak Sungai Golok: Polis tak tolak kemungkinan bekas kiper Kelantan melarikan diri ke Malaysia

BACA LAGI: [VIDEO] 'Rutin saya semuanya tentang dia', Paul Scholes berhenti jadi 'pundit' fokus jaga anak autistik

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 10 pagi dengan jentera daripada empat balai bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

Balai yang terlibat adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Bukit Damansara, Bukit Jelutong dan Selayang.

Kata Ahmad Mukhlis, kebakaran tersebut menyebabkan 90 peratus dan 10 peratus daripada empat kilang tersebut hangus.

Ketika ini, usaha memadam api kebakaran sedang giat dijalankan dengan punca masih dalam siasatan.

Sementara enam mangsa yang sesak nafas dirawat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram