[VIDEO] 'Pelancong tempatan pun dah rasa tak selamat di Bukit Bintang', wanita rugi hampir RM10,000 jadi mangsa penyeluk saku


  • Massa
  • Isnin, 03 Nov 2025

Kejadian seluk saku masih berleluasa di Bukit Bintang. — Media sosial

 

PELANCONG tempatan dan luar negara masih berdepan risiko kecurian penyeluk saku yang dilihat masih lagi berleluasa di ibu negara khususnya kawasan segi tiga emas di Bukit Bintang.

Dalam satu kejadian terbaharu, seorang wanita dikatakan menjadi mangsa kecurian oleh penyeluk saku yang berjalan di belakangnya.

Wanita tersebut dilaporkan mengalami kerugian besar dianggarkan hampir RM10,000.

BACA LAGI: [VIDEO] Transformer rosak punca pasar raya meletup di Mexico, 23 termasuk kanak-kanak terkorban

BACA LAGI: Ibu Zayn Rayyan didapati bersalah

"Tolong kongsikan kepada orang ramai, kejadian berlaku di Bukit Bintang berhadapan lampu isyarat pusat beli-belah Lot 10.

"Jumlah kerugian RM8,200, tunai sebanyak RM3,000 dan dua syiling Dinar. Semoga orang ini (penyeluk saku) ditangkap secepat mungkin," kata warganet Fifie Marzuki yang berkongsi mengenai kejadian tersebut.

Melihat kepada situasi tersebut, orang ramai berharap yang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dapat ditingkatkan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka yang berkunjung ke tempat tumpuan seperti Bukit Bintang.

Dengan baru-baru ini inisiatif I Lite U diperkenalkan oleh kerajaan, aspek keselamatan juga diharap akan dijadikan perhatian.

"Selalunya, penyeluk saku ni dibuat oleh warga tempatan, tapi di Malaysia warga asing yang buat. Harap-harap polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tubuh badan pengawasan baharu untuk fokus kes ini. Penyeluk saku ni aktif 24 jam," kata fendi1183.

"Kawasan Bukit Bintang ni banyak betul penagih dadah, kalau pergi dekat berdekatan stesen MRT, siap pacak payung dan hisap dadah secara terang-terangan. Pelik kenapa penguatkuasa tak angkut-angkut mereka ni," soal anna_shamsul.

"Dekat kawasan panas macam ni, memang kena ada pengawasan lebih dari pihak berkuasa. Tapi, diri sendiri pun kena berjaga-jaga juga, kalau tak senang-senang jadi mangsa," ujar uwaisrahman.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram