KEKECOHAN mengenai hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain warisan atas kesalahan pemalsuan dokumen masih belum reda.
Hal ini disebabkan, keputusan rayuan dilakukan oleh FAM terhadap FIFA hanya akan diketahui pada 30 Oktober.
Namun begitu, belum sempat reda hal itu, sudah timbul perkara baharu mengenai pemain warisan Malaysia.
BACA LAGI: Liverpool tumbang lagi, Arne Slot salahkan pengadil bagi Brentford penalti
BACA LAGI: Jangan terlalu seronok kritik prestasi Mo Salah hingga lupa jasanya bersama Liverpool

Robinson (kiri) kini tidak mempunyai kelab. — Agensi
Bekas pemain akademi Arsenal, Josh Robinson mengaku yang dia mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya.
Bercakap kepada media rasmi The Gunners pada 2024, Robinson yang bermain sebagai pertahanan kanan mengakui dia mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya.
"Saya membesar di Leyton yang terletak di timur London, dan latar belakang keluarga saya adalah bapa saya adalah warga Jamaica dan ibu saya adalah orang Malaysia," ujarnya.
Kini tidak mempunyai kelab selepas dilepaskan oleh Wigan Athletic pada Januari lalu, namanya mula disebut-sebut berpotensi mewakili Malaysia kerana pertalian darah bersama ibunya.
Namun dengan skandal pemain warisan yang masih belum selesai, penyokong berharap jika Malaysia benar-benar mahu mendapatkan Robinson, pemeriksaan mengenai susur galur dilakukan sebaiknya.
"Buktikan dulu kelahiran datuk dengan neneklah," kata Khairidzal Maslim.
"Periksa betul-betul susur galur dan surat beranak semua, senang kata buat due dilligence, lepas tu baru daftar," komen Mohd Safrizal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
