SALAH seorang bekas penjaga gol import Kelantan FA pada musim 2019 dikaitkan sebagai salah satu suspek kes tembakan di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand pada Sabtu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil risikan mengatakan suspek tersebut memegang dua kerakyatan, selain pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek melarikan diri ke negara ini.
Kejadian tersebut menyebabkan seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, meninggal dunia akibat ditembak
BACA LAGI: [VIDEO] Transformer rosak punca pasar raya meletup di Mexico, 23 termasuk kanak-kanak terkorban

Datuk Mohd Yusoff Mamat
"Kami percaya yang suspek memegang dua kerakyatan, tapi siasatan lanjut sedang dilakukan.
"Setakat ini, polis belum menerima gambar suspek daripada pihak berkuasa Thailand. Pihak polis turut menguatkan keselamatan dan melakukan sekatan jalan raya untuk menjejak suspek, yang mungkin sudah melarikan diri ke sini," kata Mohd Yusoff.
Bercakap mengenai mangsa, Mohd Yusoff berkata yang Mohd Fuad mempunyai rekod berkenaan dadah selepas siasatan dilakukan.
"Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai empat kesalahan berkaitan dadah sejak 2020," ujarnya.
Mohd Fuad dilaporkan memasuki Thailand pada Sabtu menggunakan pas sempadan.
Siasatan kini dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand kerana kejadian berlaku di sana.
Jenazah Mohd Fuad sudah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam di Apam Putra, Pasir Mas pada Ahad. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
