ATLET muay thai muda negara, Johan Ghazali menegur tindakan aktivis pengguna, Yusuf Azmi yang baru-baru ini dikatakan mencalarkan imej sukan tempur itu.
Ini selepas Yusuf memuat naik video memaparkannya bertegang urat dengan lawan dari Indonesia, Yunus Martin menjelang aksi Warzone World Championship (WWC) yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan.
Kedua-dua pesaing itu terlibat dalam momen hangat apabila mereka saling bercakaran dengan Yusuf menyatakan barangan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia menjadi sasaran provokasi.
BACA LAGI: Jika bayarannya lumayan, saya akan datang belasah Johan Ghazali di Malaysia — Peninju Bosnia
BACA LAGI: 'Dia memang lahir dengan gaya 'swagger', ibu Johan Ghazali nafi anak makin sombong lepas popular
Percakaran berkenaan menerima perhatian ramai, termasuk dari Johan yang dikatakan turut memberi pandangan berhubung aktiviti promosi WWC itu sehingga mendesak aktivis terbabit untuk memberi jawapan balas.
Dalam sebuah video dimuat naik di laman media sosial peribadinya, Yusuf secara terbuka melabel Johan masih 'budak' selain menyatakan atlet tersebut memerlukan perhatian.
"Saya memang tak pernah terasa kerana dia baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru 18 tahun. Jadi, tidak mungkin saya terasa kerana anak saya pun sudah lebih berusia daripadanya.
"Saya juga selalu menyokongnya, jadi untuk apa saya terasa? Mungkin, perbezaan fikiran dan sikap. Saya faham Jojo perlukan perhatian kerana dia merupakan antara atlet Malaysia untuk ONE Championship," katanya.
Video tersebut kemudiannya menerima ribuan tontonan, termasuk daripada Johan sendiri yang tampil mempertahankan sukan muay thai dengan berharap imej sukan itu tidak dicalarkan.

Johan mengingatkan Yusuf Azmi untuk tidak menambah masalah dan sebaliknya mencari penyelesaian.
Tambah atlet berusia 18 tahun berkenaan, setiap pihak perlu bekerjasama dalam menaikkan lagi reputasi muay thai dan tidak hanya menggunakan platform terbabit demi mengaut keuntungan.
"Sudah-sudahlah memalukan sukan ni pakcik. Saya bukan nak kurang ajar dengan orang tua, tetapi kalau orang tua perangai macam budak, siapa hendak hormat? Kita naikkan muay thai dari kosong, pakcik datang apabila dah hangat dan buat perangai bangang, siapa tak marah?
"Tolonglah cari penyelesaian dan bukannya masalah. Lihatlah sesuatu itu daripada skop lebih luas, jangan fikir hendak duit cepat sahaja," katanya di ruangan komen.
Johan ketika ini sibuk melakukan persiapan menjelang pertarungan seterusnya pada hujung 2025, namun lawan yang bakal ditandinginya hanya akan ditentukan ONE Championship sebagai penganjur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
