[VIDEO] 'Nak cakap pun fikir 10 kali', warga Pulapol ‘bongkar’ sifat tegas bapa Jojo Ghazali, bukti layak terima APC


  • Massa
  • Selasa, 14 Okt 2025

Zulfikar (kanan) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari KDN. — Polis Sarawak

SEMUA orang tahu yang keluarga Ghazali melahirkan ramai jaguh sukan tempur berkualiti tinggi.

Daripada Johan kepada Miki dan Elias, mereka semuanya adalah atlet tempur yang hebat dan menjadi aset penting buat sukan negara.

Di sebalik kehandalan mereka, terdapat seorang bapa yang cukup tegas iaitu Zulfikar Ghazali.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami hanya Muay Thai', ibu Jojo Ghazali terharu ramai prihatin, sokong anak-anak wakili negara

BACA LAGI: [VIDEO] Abang Jojo tumbangkan lawan menerusi TKO, tunjuk skil lengkap 'elbow war'

Zulfikar yang merupakan seorang pegawai polis baru-baru ini menerima penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dia yang berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) merupakan sebahagian daripada 29 anggota Polis Sarawak yang menerima penghargaan tersebut pada Isnin.

Dalam majlis itu, Zulfikar yang tersenyum riang menerima penghargaan Anugerah Khas Kecemerlangan KDN bagi 2024.

Melihat kepada rakaman yang tular di media sosial, rata-rata terpegun melihat senyuman manis dilemparkan oleh Zulfikar sewaktu menerima anugerah.

Namun siapa sangka, di sebalik senyuman itu terselit ketegasan dalam diri Zulfikar yang membuatkan dia dihormati.

"Selalu orang nampak dia senyum kan? Orang dekat Pulapol (Pusat Latihan Polis) saja yang tahu betapa tegasnya ayah si Jojo ni.

"Orang bawahan nak cakap dengan dia pun fikir 10 kali," kata Rami Isha'khan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram