[VIDEO] Atlet Muay Thai Malaysia, Puteri Rania selamat dirisik petinju Indonesia, Jaden Bahtera


  • Cinta
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Jaden Bahtera selamat merisik Puteri Rania Mahmoud pada Khamis. 

CINTA antara dua jaguh gelanggang berlabuh ke fasa baharu apabila petinju Indonesia, Jaden Bahtera selamat merisik atlet Muay Thai dan peninju Malaysia, Puteri Rania Mahmoud pada Khamis. 

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jaden menerusi hantaran di TikTok.

 “Alhamdulillah, she said yes," katanya sambil memuat naik detik manis ketika hadir bersama ibunya ke kediaman keluarga Rania di Malaysia. 

Dalam video yang tular itu, Jaden dilihat berdebar dan tidak dapat menahan air mata ketika ibunya menyarungkan cincin pada jari manis Rania yang menjadi simbol rasmi bahawa hubungan mereka kini melangkah ke fasa seterusnya tidak lama lagi.

BACA LAGI: Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, ini 5 pesanan penuh makna seorang bapa untuk anak-anaknya

BACA LAGI: Kes ibu Misha Omar: Pakar jelaskan bagaimana suplemen tidak sah dan steroid tersembunyi ancam kesihatan pesakit kronik

Turut kelihatan, Jaden duduk diapit oleh bapa dan abang Rania sebelum ibu beliau menyempurnakan upacara tersebut.

Sementara itu, abang kepada Rania, Nidal Mahmoud yang juga dikenali dengan gelaran 'The King Joker' turut berkongsi momen bahagia itu di laman Instagram. 

"Done for merisik, alhamdulillah," katanya sambil memuat naik gambar Rania yang mempamerkan cincin merisik pada jarinya.

Hantaran tersebut memperlihatkan gambar keluarga kedua-dua belah pihak dan pasangan sama cantik sama padan itu tersenyum gembira.

Untuk rekod, Jaden dan Rania mula rapat sejak sembilan bulan lepas. 

Kedua-duanya sering dilihat berlatih bersama dan saling menyokong karier masing-masing di gelanggang tinju.

Sebelum ini, Rania turut hadir memberi sokongan padu kepada Jaden ketika bertarung di pentas Kejohanan Seni Bela Diri, Byon Combat 5 yang memperlihatkan betapa kuatnya ikatan antara dua hati yang sama-sama berjuang dalam dunia sukan lasak itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram