‘Kami simpati’, Bergson akui terkenang kelibat 3 pemain JDT terpalit skandal isu warisan


  • Podium
  • Sabtu, 01 Nov 2025

Bergson mengakui ketiadaan tiga rakan sepasukannya memberi kesan terhadap kualiti pasukan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

MASA depan kesemua tujuh pemain warisan yang dihukum FIFA terus tergantung sepi tatkala perhatian kini diberikan kepada keputusan rayuan badan bola sepak antarabangsa itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini menyatakan sudah membuat rayuan terhadap hukuman berbentuk denda dan penggantungan itu, namun kata putus masih belum diberikan.

Jadi, dengan tiada sebarang perkembangan dikongsikan, semua yang dikenakan penggantungan 12 bulan tersebut hanya boleh menunggu sambil mengharapkan terdapat berita baik diterima.

BACA LAGI: Jairo perlu kerja keras tembus gandingan ori JDT, jadi lebih baik berbanding duo NSFC-TFC

BACA LAGI: [VIDEO] Macam deja vu, JDT sekali lagi ulangi sejarah 'perfect 10' lepas benam DPMM

Dari kiri: Irazabal, Figueiredo dan Hevel merupakan antara pemain warisan yang digantung.

Perubahan positif turut diharapkan rakan sepasukan yang pasti merindui kelibat pemain warisan di atas padang, termasuk tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva.

Menurut laporan Stadium Astro, penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman itu mengakui ketiadaan Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Hector Hevel amat dirasai.

"Kami simpati dengan mereka dan merasai ketiadaan kelibat mereka di atas padang. Saya mendoakan mereka agar bertabah daripada segi mental dan sebaik mereka bersedia membantu kami, kami menantikannya," kata pemain dari Brazil itu.

Tonggak skuad Harimau Selatan itu berkata demikian selepas pasukannya merekodkan kemenangan 5-0 dalam saingan Liga Super ke atas Terengganu FC di tempat lawan pada Jumaat.

Tiga mata diraih dari perlawanan berkenaan meletakkan JDT semakin selesa di kedudukan teratas carta dengan Bergson turut meletakkan nama dalam senarai penjaring.

Zurich, Switzerland - 1 October, 2015: The entrance of the FIFA headquarter in Zurich. The International Federation of Association Football is the governing body of association football, futsal and beach football. FIFA is responsible for the organisation of football's major international tournaments, notably the World Cup.

Tumpuan kini diarahkan kepada FIFA berhubung nasib ketujuh-tujuh pemain yang digantung. Agensi

Selain ketiga-tiga pemain Harimau Selatan itu, empat lagi pemain warisan yang terpalit dengan skandal itu merupakan Gabriel Palmero, Imanol Machuca, Facundo Garces serta Rodrigo Holgado.

Ketujuh-tujuh mereka sebelum ini terlibat dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu dengan aduan dipercayai dilakukan selepas aksi berkenaan.

Siasatan FIFA mendapati terdapat isu pemalsuan dokumen dilakukan ketika hendak menjadikan pemain-pemain berkenaan layak untuk beraksi buat Harimau Malaya.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut pantas dijawab Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta FAM yang menyatakan kesemua yang terpalit merupakan warganegara yang sah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram