Jairo perlu kerja keras tembus gandingan ori JDT, jadi lebih baik berbanding duo NSFC-TFC


  • Podium
  • Rabu, 29 Okt 2025

Jairo yang dibawa masuk bagi menambah bisa di barisan depan hanya berjaya meledak tujuh gol dalam aksi Liga Super setakat ini. — Facebook/JDT 

LIGA Malaysia (Liga M) musim 2025/2026 terus mencuri perhatian apabila muncul beberapa gandingan mantap yang menjadi tunjang utama kejayaan pasukan masing-masing, sekali gus menghidupkan semula persaingan sengit di pentas domestik.

Kombinasi dua pemain di bahagian serangan dilihat semakin menjadi, terutama apabila mereka kekal menampilkan aksi konsisten dan berpengaruh dalam setiap perlawanan setakat ini.  

Kehebatan mereka bukan sahaja memperkukuh prestasi pasukan masing-masing, malah turut memberi impak besar terhadap kedudukan dalam carta liga yang semakin kompetitif.

BACA LAGI: Inisiatif upah penganalisis peribadi, keunggulan Bergson wajar ganti Jairo jadi penyerang utama 

BACA LAGI: Fans Singapura kata lawan JDT rehatkan ramai pemain bintang, patut menang mudah

Sama ada sebagai penggempur utama atau penggerak tengah, duo yang digabungkan menjadi nadi kepada rentak permainan pasukan masing-masing dengan keupayaan menghasilkan gol serta bantuan jaringan yang mengubah keputusan perlawanan.

Keberkesanan mereka bukan sekadar menyerlah di atas padang, tetapi turut menjadi faktor kebangkitan semula beberapa pasukan yang sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Selepas lapan perlawanan, terdapat beberapa gandingan yang berhasil mencuri tumpuan setakat ini dan aksi mereka dijangka akan terus menghiburkan penyokong bola sepak tempatan. 

1) Bergson-Arif Aiman

Gandingan Bergson-Arif Aiman masih menjadi kesukaan penyokong. — Facebook/JDT

Walaupun Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa masuk penyerang import baharu, Jairo sebagai penggempur utama, namun penyokong masih lebih teruja menyaksikan gandingan serasi antara Arif Aiman Hanapi dan pasangan lamanya, Bergson Da Silva di jentera serangan.

Duo JDT itu kini muncul sebagai gandingan paling berbisa dalam saingan Liga Super musim ini, selepas berjaya mencatatkan 16 gol secara keseluruhan sepanjang kempen 2024/2025. 

Kehebatan gandingan Bergson-Arif Aiman bukan sahaja terserlah dalam aspek penyudah, malah turut memperlihatkan kefahaman permainan yang tinggi di antara satu sama lain.

Setakat ini, Bergson telah menjaringkan sembilan gol, manakala Arif Aiman pula menambah tujuh gol di samping merekodkan 10 bantuan jaringan yang banyak membantu skuad Harimau Selatan mengekalkan kedudukan kukuh di tangga teratas liga. 

Sebaliknya, Jairo yang dibawa masuk bagi menambah bisa di barisan depan hanya berjaya meledak tujuh gol dalam aksi Liga Super setakat ini. 

Walaupun masih menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan, kehadiran pemain itu dilihat belum mampu menandingi keserasian dan penyudah tajam yang sudah lama terbina antara Bergson dan Arif Aiman.

2) Jovan Motika-Joseph Esso

Motika dan Esso antara duo berbahaya musim ini. — Facebook/NSFC

Kehadiran dua muka baharu, Jovan Motika dan Joseph Esso nyata memberi dimensi baharu kepada jentera serangan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/2025. 

Walaupun baru menyertai skuad Jang pada musim ini, kedua-dua pemain import itu segera menunjukkan keserasian dan kini menjadi antara gandingan paling berbisa dalam Liga Super.

Setakat ini, Motika sudah meledak lima gol, manakala Esso turut tidak ketinggalan dengan empat jaringan, menjadikan mereka antara penyumbang utama kepada kebangkitan Negeri Sembilan. 

Keupayaan mereka untuk saling melengkapi dengan Motika dengan kelincahannya di bahagian sayap dan Esso yang tajam di depan gawang, menjadikan kombinasi itu sukar dikekang pertahanan lawan.

Persefahaman yang semakin kukuh antara dua pemain itu turut membantu Negeri Sembilan mencatat beberapa kemenangan penting, sekali gus melonjakkan pasukan ke tangga kelima Liga Super selepas lapan perlawanan. 

Bukan sekadar menyumbang jaringan, mereka juga memainkan peranan besar dalam menghidupkan semula semangat menyerang pasukan yang sebelum ini sering dianggap 'underdog'. 

3) Mabella- Nurillo

Mabella dan Tukhtasinov tidak memerlukan masa lama untuk serasi. — Facebook/TFC

Gandingan antara Yann Mabella dan Nurillo Tukhtasinov kini menjadi senjata utama Terengganu FC dalam misi memburu kejuaraan Liga Super 2024/2025 selepas kedua-dua pemain itu menunjukkan keserasian luar biasa di barisan serangan. 

Setakat ini, Mabella yang baru menyertai pasukan pada awal musim telah meledak enam gol, manakala Nurillo pula pemain sudah bersama Terengganu sejak musim 2023 turut mencatat empat jaringan. 

Persefahaman antara mereka semakin terserlah dalam setiap perlawanan, dengan Mabella memanfaatkan hantaran berbahaya dan gerakan lincah Nurillo di bahagian sayap.

Aksi cemerlang gandingan Mabella–Nurillo turut membantu Terengganu FC menduduki tangga keempat Liga Super selepas mencatat empat kemenangan daripada beberapa perlawanan awal musim. 

Jika momentum terus dikekalkan, gandingan Mabella–Nurillo berpotensi menjadi antara kombinasi paling berbahaya dalam saingan Liga M musim ini, sekaligus meniup semangat baharu kepada penyokong setia Sang Penyu untuk terus bermimpi ke puncak. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram