Masih di Malaysia, pemain warisan setia menanti keputusan rayuan FIFA


  • Podium
  • Jumaat, 31 Okt 2025

Irazabal antara tujuh pemain Harimau Malaya yang didenda oleh FIFA.

PEMAIN Harimau Malaya, Jon Irazabal dilihat masih lagi berada di Malaysia berdasarkan kemas kini terkininya di Instagram pada Jumaat. 

Dalam kemas kini di Instagram Story (IG Story), Irazabal yang bermain untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) menyiarkan video ringkas dia berada di sebuah gimnasium.

Rakaman pendek itu menunjukkan lampu "Keluar" di sebuah pintu yang mengesahkan dia masih berada di Malaysia.

BACA LAGI: Hukuman FIFA: AFC cuma fokus 7 bintang warisan layak atau tidak beraksi bersama Harimau Malaya

BACA LAGI: Berdepan cabaran getir, 3 pengurus EPL 'botak' kepala nak kejar piala

Irazabal menunjukkan yang dia masih berada di Malaysia. — Instagram/irazabal3

Pemain itu dikatakan setia menanti keputusan rayuan yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan pemalsuan dokumen.

FIFA sebelum ini mengenakan hukuman kepada Irazabal dan enam lagi pemain, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Hector Hevel dengan mereka digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan selain didenda.

Keputusan rayuan dikatakan dapat diketahui pada 30 Oktober namun setakat laporan ini ditulis, masih belum ada perkembangan sama ada rayuan FAM diterima FIFA atau tidak.

Buat masa ini, Irazabal bersama-sama Figueiredo dan Hevel tidak boleh beraksi untuk JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram