PENANTIAN negara untuk meraih pingat emas dalam Sukan Remaja Asia (AYG) 2025 di Bahrain, Qatar berakhir selepas Puteri Sharifah Ariel Budriah mengungguli acara ekuestrian (show jumping) pada Isnin.
Remaja perempuan berusia 15 tahun itu muncul pemenang utama menewaskan dengan 51 pencabar lain tanpa dikenakan sebarang penalti bersama kuda tunggangannya, Panamera Z.
Melengkapkan kedudukan podium merupakan peserta dari Iraq, Humam Harith Mohammed yang meraih perak sementara Saleh Alkarbi dari Emiriah Arab Bersatu membawa pulang gangsa.
BACA LAGI: Sukan Asia: Penantian selama 25 tahun berhasil, Mohd Qabil sumbang emas kedua buat Malaysia
BACA LAGI: Skuad ekuin remaja negara raih perak di Belanda
Sepanjang karier, wakil negara itu sudah berentap dalam pelbagai kejohanan dalam negara, termasuk Concours de Saut International Junior (CSIJ) yang berlangsung di Selangor pada Ogos lalu.
Bagaimanapun, kejayaan dikecapi di bumi Bahrain itu semestinya membakar semangat Puteri untuk terus mahu dalam sukan ekuestarian, lebih-lebih lagi setelah memastikan Negaraku berkumandang di negara berkenaan.
Kejayaan Puteri Sharifah menyaksikan kontinjen negara menambah koleksi pingat dalam saingan Sukan Remaja Asia setelah dua perak dan sembilan gangsa terkumpul setakat ini.
Kontinjen negara kini berada di tangga ke-17 dalam carta kutipan keseluruhan dengan kedudukan tiga teratas menjadi milik Uzbekistan, Thailand dan Iran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
