Bella buat trend Wes Anderson di Paris, kelibat ibu bapa Syed Saddiq tanda restu?


  • Cinta
  • Sabtu, 20 Sep 2025

Bella Astillah dan ibu bapa Syed Saddiq dilihat manis berbusana melayu di kota Paris.

KEMESRAAN dan hubungan akrab antara pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu dipersoalkan lagi.

Dari menghadiri majlis rasmi hingga ke urusan peribadi dan kerjaya, pasangan 'teman tapi mesra' itu dilihat saling berkongsi minat serta meluangkan masa bersama walaupun datang daripada latar belakang karier berbeza.

Setiap kemunculan mereka pantas menjadi buah mulut netizen, malah ada yang menganggap hubungan tersebut sudah melangkaui tahap sekadar kawan rapat.

BACA LAGI: 'Hormati budaya, jangan takut ilmu', Dr. Amalina tegaskan bertangas punca luka bersalin lambat sembuh

BACA LAGI: Farah Ann dilantik Chef de Mission Malaysia ke Sukan Remaja Asia Bahrain 2025

Terbaharu, Bella sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila merakamkan sebuah video ala trend Wes Anderson bersama ibu bapa Syed Saddiq di kota Paris.

 

 

Difahamkan, Bella bersama ibu bapa pemimpin parti MUDA itu berada di Paris bagi memberi sokongan moral kepada ahli politik tersebut yang menyertai Kejuaraan Ironman Dunia 2025 dekat Perancis baru-baru ini.

Meskipun sekadar video konten di laman sosial, momen tersebut menguatkan lagi stigma ramai yang menganggap ia sebagai petanda jelas bahawa kedua-duanya sedang dalam fasa bercinta.

Terdahulu, hubungan rapat kedua-duanya juga terserlah apabila Bella hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada Syed Saddiq ketika prosiding rayuan beliau awal tahun ini.

Kehadiran Bella dalam busana kurung mencuri tumpuan ramai, sekali gus memperlihatkan peranannya sebagai tulang belakang dan dorongan terbesar buat tokoh politik muda tersebut.

Dalam pada itu, Syed Saddiq membuktikan dirinya antara pelari terbaik dalam pertandingan itu apabila cemerlang menamatkan larian penuh dengan catatan masa keseluruhan 13 jam empat minit 36 saat.

Meskipun tidak berada dalam kelompok terawal, Syed Saddiq tetap boleh berbangga apabila berada di ranking ke-237 untuk kategori lelaki berusia 30 hingga 34 tahun.

Pencapaian itu sekali gus membolehkan pemimpin muda itu menjadi yang pertama sebagai figura politik dari Malaysia mengharungi larian penuh liku berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram