Skuad ekuin remaja negara raih perak di Belanda


  • Podium
  • Jumaat, 10 Sep 2021

MALAYSIA meraih pingat perak dalam Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia 2021 di Belanda

MALAYSIA meraih pingat perak dalam Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia 2021 (WEC Jr 2021) Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) di Ermelo, Belanda pada Khamis.

Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia yang menghantar sekumpulan ekuin muda merekodkan 19 jam 11:16 di belakang juara, Perancis dengan catatan masa 16:57:27.

Belgium meraih gangsa apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 20:43:03.

Pasukan Malaysia terdiri daripada Mohd Faris Haikal Mohd Hassan Sa’ari, Muhammad Yusuf Luqman Zakaria, Nur Qasrina Amani Zakaria dan An Nur Muhammad Imran Eirfan Anuwar.

Acara tersebut disertai atlet muda berusia 14 hingga 21 tahun dari 16 negara.

Pada acara itu, peserta perlu menempuh jarak 120 kilometer dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mereka perlu menyelesaikan tunggangan tanpa menimbulkan sebarang komplikasi kepada kuda dan penunggang.

Sementara itu bagi acara individu pula, laman Facebook Team Malaysia melaporkan daripada 74 peserta Faris Haikal meraih tempat ke 13, Yusuf Luqman 15, Qasrina Amani 16, Imran Eirfan 27 manakala seorang lagi ekuin negara Anfal Insyirah pula tersingkir disebabkan masalah kuda. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram