Man United tempang berdepan Brighton


  • Podium
  • Sabtu, 25 Okt 2025

Skuad The Red Devils perlu segera mencari jalan penyelesaian terhadap ketiadaan dua pemain terbabit.

DUA kemenangan berturut-turut dicatatkan Manchester United ke atas Sunderland dan Liverpool menaikkan semangat skuad The Red Devils selepas memulakan kempen kali ini dengan langkah kiri.

Enam mata diraih dalam kedua-dua perlawanan itu meletakkan mereka di kedudukan kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya dua membezakan mereka dari kelompok empat teratas.

Rentak memberangsangkan tersebut pasti mahu diteruskan dalam perlawanan selepas ini apabila mereka menerima kunjungan Brighton & Hove Albion di laman sendiri pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Menang di Anfield, 3 bintang Man United dapat pujian Amorim

BACA LAGI: Man United tiada momentum, Amorim masih belum puas hati

Image ref 129198445. Copyright Shutterstock No reproduction without permission. See www.shutterstock.com/license for more information.

Brighton berada dalam prestasi terbaik kebelakangan ini. Agensi

Perlawanan itu dijangka memberi kesukaran buat anak-anak buah Ruben Amorim memandangkan pasukan lawan tidak tewas dalam lima aksi terakhir, termasuk mencatatkan kemenangan ke atas Chelsea dan Newcastle United.

Malah, pertembungan epik tersebut memberi ujian terbaru untuk Manchester United yang dijangka kehilangan dua pemain akibat kecederaan seperti mana dikongsikan Amorim.

"Skuad berada dalam keadaan baik, mungkin terdapat sedikit isu dan kerisauan mengenai (Harry) Maguire dan (Mason) Mount. Hanya sedikit masalah, tetapi tiada apa-apa yang serius.

"(Lisandro) Martinez memang tak boleh beraksi, tetapi yang lain sudah bersedia. Saya fikir pendekatan sama akan diambil, tetapi ia akan menjadi perlawanan sukar," katanya.

Maguire merupakan antara dua pemain yang mungkin terlepas aksi menentang Brighton. Agensi

Kehilangan Maguire sudah tentu memberi tamparan dari segi moral selepas bek tengah tersebut menjadi wira The Red Devils ketika bertemu Liverpool tempoh hari.

Bagaimanapun, Amorim masih boleh melakukan rombakan dengan meletakkan Leny Yoro dalam barisan pertahanan untuk digandingkan di samping Matthijs de Ligt.

Mount yang juga beraksi ketika berdepan Liverpool turut akan memberi kesan terhadap pasukan dengan perubahan perlu dibuat sekiranya mahu mengawal posisi tengah.

Kemenangan ke atas Brighton boleh meletakkan Manchester United dalam kelompok empat teratas yang sedang berusaha keras merebut slot ke Eropah musim depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram