
KELAB bergelut, Manchester United mencipta sensasi apabila berjaya mengejutkan musuh tradisi, Liverpool di Anfield dengan kemenangan 2-1 mereka pada Ahad.
Kemenangan penting dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memberikan kemenangan berturut-turut yang pertama buat Ruben Amorim.
Di saat ramai yang menyebut mengenai Bryan Mbeuemo dan Harry Maguire, nama penjaga gol Senne Lammens turut tidak boleh dilupakan.
BACA LAGI: [VIDEO] Menang di Anfield, 3 bintang Man United dapat pujian Amorim
Cemerlang menentang The Reds
Penyokong United mungkin bergembira melihat bagaimana Maguire menjadi wira dengan gol kemenangan minit akhir semasa menentang Liverpool namun mereka harus tidak melupakan jasa Lammens.
Serangan Liverpool mungkin tidak setajam selalu, namun dalam perlawanan tersebut penjaga gol muda dari Belgium itu menunjukkan kualitinya dengan melakukan beberapa tepisan penting.
Lammens (paling kanan) diraikan oleh rakan sepasukan selepas cemerlang bertemu Liverpool. — Manchester United
Malah, di bahagian pertahanan, Lammens merupakan pemain terbaik dengan meraih rating setinggi 8.4, jauh mengatasi rakan sepasukan seperti Luke Shaw Matthijs de Ligt yang masing-masing meraih 6.8 sahaja.
Persembahan Lammens dilihat cemerlang jika dilihat faktor beraksi di Anfield dan menentang Liverpool dengan dia mampu menjadi pemain penting United di masa hadapan.
Tiada 'blunder' semasa bermain
Satu perkara yang menjadi kerisauan penyokong United beberapa musim kebelakangan ini adalah bagaimana mereka sering berdebar setiap kali Andre Onana mengawal gawang.
Hal ini kerana, hampir setiap minggu, Onana akan melakukan kesilapan-kesilapan mudah atau blunder yang akhirnya menyebabkan United keciciran mata atau lebih teruk, tumpas.
Andre Onana sering melakukan blunder semasa beraksi untuk United. — Agensi
Setakat ini, Lammens tidak melakukan perkara sedemikian dengan dia dilihat beraksi teguh dalam dua aksi ketika bertemu Sunderland dan Liverpool.
Akan tetapi, perjalanan masih panjang dan terlalu awal untuk menilai sejauh mana kredibiliti Lammens sebagai penjaga gol United.
Pemacu kepada kejayaan United
Besar sekali harapan penyokong United untuk melihat skuad mereka lebih stabil semasa Lammens hadir ke kelab akibat krisis penjaga gol yang tidak berkesudahan.
Dengan tibanya Lammens, dia diharap dalam menjadi pemacu kepada tempoh yang lebih gemilang buat United selepas mereka mengalami kemerosotan prestasi untuk beberapa musim.
Lammens sudah ada satu nirbolos (clean sheet) semasa bertemu Sunderland. — Agensi
Mungkin Lammens bukan nama besar atau pemain yang sudah terbukti bagus, namun dia boleh menggerakan United untuk mempunyai musim yang lebih baik menerusi persembahan baiknya.
Perjalannya baru saja bermula di England, jika Lammens terus konsisten pastinya namanya meniti di bibir setiap penyokong United. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram