KEMENANGAN Persib Bandung ke atas Selangor FC di laman sendiri pada Khamis membawa pasukan itu selangkah lagi untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL 2).
Namun di sebalik tiga mata berharga itu, skuad bimbingan Bojan Hodak berdepan sedikit kebimbangan selepas pemain tengah mereka, Luciano Guaycochea dilaporkan mengalami kecederaan kepala.
Insiden itu berlaku pada minit ke-22 apabila bekas kapten Perak FC itu berlanggar dengan kapten Selangor, Faisal Halim.
BACA LAGI: Saya yang syor 7 pemain warisan ke FAM — Tengku Muda Pahang
BACA LAGI: Salah merajuk? Tukar gambar X, perkuat spekulasi tunaikan syarat tinggalkan The Reds
Dalam situasi perebutan bola yang dikongsikan di laman Tik Tok milik sigeutihsunda96, Guaycochea yang melakukan terjahan secara tidak sengaja terkena kasut Faisal menyebabkan bahagian belakang telinga kirinya cedera dan berdarah.
Pasukan perubatan segera memberi rawatan kecemasan sebelum pemain kelahiran Argentina itu dibenarkan meneruskan permainan dengan memakai pelindung kepala bagi mengelakkan kecederaan berulang.
Kejadian itu mengingatkan peminat kepada insiden melibatkan pemain tengah Liverpool, Alexis Mac Allister ketika tewas 1-2 menentang Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.
Dalam perlawanan tersebut, Mac Allister juga terpaksa memakai pelindung kepala selepas berlanggar dengan rakan sepasukan, Virgil van Dijk semasa cuba menghalang serangan lawan.
Alatan tersebut merupakan pendekatan terbaru dari liga berkenaan dalam usaha membendung kecederaan kepala serius dengan prosedur sedemikian perlu diguna pakai secara meluas.
Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, bintang The Reds itu mengakui arkitek tengah Perak FC, Guaycochea adalah sepupunya.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Guaycochea memberikan jersi The Bos Gaurus kepada sepupunya selepas menyertai Liverpool. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
