
SEBUAH perlawanan amal berlangsung baru-baru ini melibatkan legenda Manchester United dan Liverpool di Kai Tak Sports Park di Hong Kong pada Sabtu lalu.
Aksi berkenaan dinamakan 'RED on RED: Gerrard 11 vs Rio 11' memandangkan Steven Gerrard mengetuai bekas bintang skuad The Reds sementara Rio Ferdinand diangkat sebagai kapten pihak lawan dibarisi legenda The Red Devils.
Pertembungan itu menerima sambutan cukup baik kerana peminat setia kedua-dua kelab itu sanggup membanjiri venue perlawanan bagi menyaksikan idola masing-masing.
BACA LAGI: Mentah dalam dunia pengurusan, tertanya-tanya apa boleh ditawarkan Luis Garcia buat JDT
BACA LAGI: Luis Garcia ada kredibiliti, bagi nasihat penstrukturan gaji kelab Liga Super
Luis Garcia sempat menyantuni penyokong yang memeriahkan perlawanan persahabatan itu. — Facebook/Luis Garcia
Selain Gerrard dan Ferdinan, nama-nama besar lain yang terlibat dalam aksi persahabatan berkenaan merupakan Michael Carrick, Michael Owen dan Nemanja Vidic.
Di samping itu, perlawanan tersebut turut menyaksikan kepulangan bekas pemain sayap Liverpool, Luis Garcia yang sudah bertahun-tahun tidak melangkah ke atas padang sejak menggantung but pada 2016.
Dia yang pernah beraksi sebanyak 18 kali buat skuad antarabangsa Sepanyol cukup dikagumi semasa bersama The Reds kerana berada dalam pasukan yang menjuarai Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2005.
"Saya pernah berkata kepada diri bahawa saya bukannya pemain profesional lagi kerana masa sudah berlalu untuk semua orang dan tiba waktunya mencuba perkara baharu.
"Tetapi, apabila saya ternampak bola sepak dan segera saya kembali ke padang. Terima kasih Hong Kong atas sokongan dan kerana sering membawa perasaan meriah itu," katanya di Facebook.
Luis Garcia (kanan) diberi kepercayaan untuk memikul peranan sebagai CEO JDT. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Ketika ini, Luis Garcia masih terlibat aktif dalam dunia bola sepak selepas dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Mac lalu.
Pelantikan tersebut diambil pihak pengurusan kelab gergasi tanah air itu kerana dia mempunyai pengetahuan luas mengenai perkembangan sukan terbabit di Eropah selepas pernah bergelar duta LaLiga.
Garcia menggantikan Alistair Edwards yang sebelum ini memegang posisi tersebut dengan penstrukturan menyaksikan bekas pemain Australia tersebut kini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) kelab.
Meskipun urusannya tidak dikongsikan secara terbuka, Luis Garcia sebelum ini menyatakan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu pemain warisan.
Ini kerana hukuman FIFA itu memberi kesan cukup hebat terhadap skuad Harimau Selatan memandangkan tiga daripadanya iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak boleh beraksi selama 12 bulan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram