BINTANG Liverpool, Mohamed Salah kini berdepan cabaran paling getir dalam kariernya bersama The Reds apabila segala yang dilakukannya di atas padang dilihat serba tidak menjadi.
Sudah beberapa aksi berakhir dengan kekecewaan, kritikan penyokong mula terarah kepada Salah dan ada yang memberikan komen pedas kepada legenda itu.
Komen tersebut jelas memberi kesan kepadanya, dan ia kelihatan tidak wajar memandangkan pemain itu sudah memberikan cukup banyak detik gemilang buat Liverpool.
BACA LAGI: Akhirnya kecundang, sudah sampai masa Arne Slot beranikan diri 'gugurkan' Mo Salah
BACA LAGI: 'Sesuatu yang hilang zaman Onana', Man United akhirnya ketemu ketenangan semasa jumpa Liverpool
Musim terburuk dan expired
Sepanjang hampir sedekad bersama Liverpool, musim 2025/2026 merupakan detik paling sukar buat Salah yang kelihatan tumpul di depan gol.
Dalam saingan liga, Salah dilihat ketinggalan jauh di belakang Erling Haaland, Antoine Semenyo dan Igor Thiago dalam saingan merebut kasut emas.
Malah, impaknya di padang turut kelihatan terhad dengan pemain itu gagal memberikan menyerlah dalam perlawanan-perlawanan penting seperti bertemu Chelsea dan Manchester United.

Musim 2025/2026 sememangnya sukar untuk Salah.
Ia mengundang kritikan pedas daripada penyokong yang kecewa dengan pemain itu, namun ada kata-kata yang diberikan kepadanya dilihat terlalu perit untuk diterima.
Terdapat juga pendapat yang berasakan yang Salah mungkin sudah tamat tempoh atau expired kerana faktor usianya kini 34 tahun.
Kritikan yang diterima Salah itu dilihat cukup pedas melihatkan kepada bukan selalu dia terperangkap dalam masalah prestasi.
Jangan lupa pada jasa
Sejak bersama Liverpool, Salah menjadi salah satu pemain yang membawa detik gemilang kepada The Reds dengan membawa pulang pelbagai kejuaraan.
Antaranya adalah gelaran Liga Juara-Juara UEFA (UCL) serta Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sangat didambakan oleh penyokong sejak berdekad lamanya.
Malah, Salah bukan sekadar watak pembantu, dia adalah pelakon utama kepada kejayaan Liverpool dengan pelbagai persembahan individu yang cemerlang saban musim.

Salah meraih segala gelaran individu di England musim lalu. — Agensi
Musim lalu, persembahannya terlalu cemerlang hinggakan dia namanya disebut-sebut sebagai wajar untuk memenangi Ballon d'Or yang akhirnya dimenangi oleh Ousmane Dembele.
Jasa Salah kepada Liverpool terlalu besar dan dia sememangnya layak diangkap sebagai legenda moden kelab itu kerana membawa The Reds menuju puncak.
Mungkin Salah berdepan situasi sukar seperti mana dilalui oleh Alexander Isak dan Florian Wirtz yang merupakan muka baharu, namun penyokong harus memberikan dukungan dan sokongan sama kepadanya.
Sang Raja Mesir sudah memberikan segalanya buat Liverpool, dia tidak berhak menerima kritikan pedas dan tak berasas oleh penyokongnya sendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
