[VIDEO] 'Murahnya nyawa', warga emas undang bahaya tunggang motor elektrik seorang diri di MRR2


  • Massa
  • Rabu, 22 Okt 2025

Tindakan seorang warga emas menunggang motosikal elektrik di lebuh raya cetus kerisauan.

MASA kini, kita dapat lihat ramai orang mula menggunakan motosikal elektrik sebagai kenderaan ringan mereka.

Motosikal tersebut dilihat lebih kecil dan ringan berbanding skuter atau motosikal biasa yang digunakan oleh majoriti rakyat di negara ini.

Ia menjadi kenderaan pilihan bagi warga emas untuk kegunaan harian mereka sama ada ke pasar raya, masjid atau restoran berdekatan rumah.

BACA LAGI: 'Bukan membantu tapi menindas', peniaga Sungai Petani dakwa kecewa peraturan tapak MPSPK

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya gembira saja', Sathiya tetap tersenyum sambut Imuda walaupun kaki dipotong

Di saat penggunaan motosikal elektrik dilihat sesuai digunakan di kawasan perumahan, ia dilihat bahaya dan tidak dibenarkan memasuki lebuh raya dan jalan persekutuan.

Perkongsian oleh Asal Gombak di Facebook melihatkan seorang lelaki warga emas menunggang motosikal elektrik secara sendirian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Gombak, Selangor.

Dengan motosikal itu bukanlah kenderaan berkelajuan tinggi, ia jelas mengundang bahaya kerana kenderaan lain selalunya dibawa dengan begitu pantas di lebuh raya.

"Aduh bahayanya, risau bila tengok orang tua naik motor elektrik sampai ke tengah jalan di MRR2 Lingkaran Karak ni. Dah lah cuaca hujan pula tuh.

"Mungkin keluarga dia pun terlepas pandang, kita doakan yang baik-baik saja," kata laman itu.

Dengan cuaca buruk sering melanda Lembah Klang kebelakangan ini, tindakan tersebut jelas berbahaya dan berpotensi menyebabkan kemalangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram