
LIVERPOOL akhirnya tumpas pada musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mereka tumpas 1-2 kepada Crystal Palace.
Kekalahan tersebut menampakkan yang pengurus, Arne Slot tidak berjaya memenangi pertarungan taktikal menentang Oliver Glasner walaupun sebelum itu begitu hampir mendapatkan keputusan seri.
Ia juga memberikan beberapa petanda yang Slot harus berani melakukan beberapa keputusan penting semasa perlawanan walaupun ia mungkin dilihat tidak begitu popular dalam kalangan penyokong.
BACA LAGI: AI pilih Liverpool juarai UCL
BACA LAGI: Slot ingatkan fans Liverpool, jangan harap Isak cetus impak segera
Masa untuk gugurkan Mo Salah
Salah satu daripada tindakan berani yang perlu dilakukan oleh Slot adalah dengan menggugurkan bintang utama, Mohamed Salah semasa perlawanan.
Musim ini menyaksikan Salah tidak secemerlang selalu apabila dia kurang memberikan impak walaupun Liverpool masih di puncak.
Slot harus berani menggugurkan Salah. — Agensi
Setakat ini, Salah hanya menghasilkan dua gol dan dua bantuan gol dalam enam perlawanan liga untuk Liverpool.
Impak kecil itu jelas mengecewakan penyokong, dan Slot harus berani untuk menukarnya semasa perlawanan bagi memberi laluan kepada pemain gantian cuba mengubah perlawanan.
Setakat ini, Salah masih belum pernah ditukar semasa perlawanan dalam tugasan liga dan itu membuatkan penyokong berasa perlunya ia dilakukan.
Kurang efektif
Tidak dinafikan yang Salah merupakan seorang pemain yang sangat berkualiti, dirinya sendiri sudah mengesahkan tempat sebagai legenda moden Liverpool.
Namun, setakat musim baharu, dia kurang berkesan dengan semasa bertemu Palace, impak Salah begitu kecil dan kurang menyerlah.
Benar yang Salah merupakan pemain berbahaya dan keberadaannya di padang amat penting untuk memastikan pihak lawan sentiasa gerun kepadanya.
Namun begitu, ketumpulannya dalam beberapa perlawanan lebih diliihat sebagai beban buat Liverpool berbanding ancaman buat pihak lawan.
Masa untuk Chiesa
Dalam pada Salah tidak begitu tajam, Liverpool tetap bergembira kerana mereka masih ada penyerang yang berjaya menjaringkan gol iaitu Federico Chiesa.
Walaupun hanya beraksi dari bangku simpanan, Chiesa menonjolkan kualitinya dengan impaknya semasa masuk ke padang berjaya memberikan mata buat Liverpool.
Malah, semasa bertemu Palace, Chiesa berjaya menyamakan kedudukan sebelum Eddie Nketiah menghasilkan gol kemenangan minit akhir.
Chiesa memberikan impaknya buat Liverpool. — Agensi
Slot mungkin boleh memikirkan untuk mengubah taktikal dengan memberi peluang kepada Chiesa untuk bermula sebagai kesebelasan utama.
Kualitinya sebagai penyerang semakin menyerlah itu seharusnya boleh dijadikan merit untuk Slot meletakkan pemain Itali itu mengatasi Salah buat sementara waktu.
Chiesa mendapatkan hak untuk beraksi dengan bermain baik, jadi tidak salah untuk Slot menurunkannya selepas ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram