[VIDEO] Pedihnya masih terasa, jaringan ex-TFC hampakan Selangor masa tugasan terakhir Asia di Indonesia


  • Podium
  • Khamis, 23 Okt 2025

Gustavo Lopez (depan) menjaringkan sepakan penalti untuk memberikan kemenangan kepada Arema Indonesia. — Agensi

PENGEMBARAAN Selangor FC dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) diteruskan apabila mereka menentang Persib Bandung dari Indonesia pada Khamis.

Dengan mereka kini dilatih oleh Christophe Gamel, Selangor berdepan misi penting untuk meraih tiga mata supaya tidak menipiskan lagi peluang ke pusingan kalah mati.

Hal ini kerana, Selangor sudah kalah dua perlawanan pertama peringkat kumpulan kepada Bangkok United dan Lion City Sailors.

BACA LAGI: Sejarah sudah buktikan, Tampines Rovers 2 kali bukan lawan mudah buat Gergasi Merah

BACA LAGI: Faisal Halim dalam momentum terbaik, tetapi Selangor mudah dibolosi — Bojan Hodak

Bertemu Persib di gelanggang lawan, ia adalah kali pertama selepas lebih sedekad Selangor beraksi dekat negara jiran dalam tugasan Asia.

Hal ini kerana, 11 tahun lalu, Selangor pernah bertandang ke negara tersebut untuk berdepan Arema Indonesia semasa ACL2 masih dikenali sebagai Piala AFC.

Diundi dalam kumpulan F bersama-sama Hanoi FC dan Maziya, Selangor mesti menewaskan Arema dalam memastikan misi mereka ke pusingan seterusnya menjadi kenyataan.

Malangnya, kali terakhir Selangor bermain di Indonesia dalam tugasan Asia berakhir dengan kegagalan apabila mereka tumpas 0-1. 

Kad merah yang diterima oleh Shahrom Kalam selepas mengasari pemain Arema dalam kotak penalti menjadi titik tolak kepada kekalahan Selangor dalam perlawanan itu. 

Bekas pemain Terengganu FC, Gustavo Lopez menjadi wira apabila sepakan penaltinya berjaya menewaskan Farizal Marlias dan ia menjadi gol tunggal perlawanan.

Kemenangan 1-0 Arema itu membolehkan mereka ke pusingan seterusnya sebagai naib juara kumpulan F di belakang Hanoi FC, sementara  Selangor mengigit jari hampa kerana tersingkir.

Itu coretan 11 tahun lalu, namun situasi serupa seakan berlaku musim ini apabila Selangor ke Indonesia dengan harapan tinggi mahukan tiga mata.

Mampukah mereka melakukannya? Kita nantikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram