
PEMAIN Imigresen FC II, Hafiz Kamal mengucapkan ucapan terima kasih atas doa yang diberikan kepadanya usai dilaporkan pitam semasa sesi latihan bersama skuad tersebut pada Selasa.
Dalam siaran Instagram Story miliknya pada Rabu, Hafiz mengucapkan terima kasih terhadap doa-doa yang diberikan kepadanya.
"Terima kasih," ucap Hafiz ringkas membalas setiap doa-doa untuknya.
BACA LAGI: Faisal Halim dalam momentum terbaik, tetapi Selangor mudah dibolosi — Bojan Hodak
BACA LAGI: BAM sasar ada 3 pemain no 1 dunia menjelang 2030
Pada Selasa, Hafiz dilaporkan pitam semasa sesi latihan dengan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan bekas bintang Sri Pahang FC dan Perak FC itu dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan rawatan dan pemantauan.
Barisan kejurulatihan Imigresen II turut melawat Hafiz di hospital dengan mereka memberikan bantuan serta sokongan moral buat keluarga bekas pemain Harimau Malaya itu.
Dijangka Hafiz akan berehat seketika dan tidak akan beraksi bersama Imigresen II untuk beberapa perlawanan sebelum dibenarkan bermain semula.
Aksi seterusnya buat Imigresen II dalam saingan Liga A1 Semi-Pro adalah bertemu UM-Damansara United di Stadium UKM, Bangi pada Sabtu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram