
DUA kanak-kanak lelaki ditemui lemas dalam sebuah tasik di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, Johor pada Rabu.
Kanak-kanak lelaki yang berusia 9 dan 14 tahun itu dikatakan pergi memancing di sebuah tasik dan meninggalkan rumah sekitar 2 petang pada Selasa.
Namun begitu, mereka dilaporkan tidak pulang dan panggilan kecemasan dibuat sekitar 9.44 malam.
BACA LAGI: 'Bukan membantu tapi menindas', peniaga Sungai Petani dakwa kecewa peraturan tapak MPSPK
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Mohd Faiz Ramli berkata, mereka menjumpai sepasang selipar dan joran dipercayai milik kanak-kanak tersebut.
Mohd Faiz berkatam kedua-dua mangsa ditemui di bawah batu pada kedalaman sepuluh kaki, kira-kira lima meter daripada tasik tersebut.
"Seramai 14 pegawai dihantar selepas panggilan diterima sekitar 9.44 minit malam. Ketika tiba, pihak bomba menjumpai dua pasang selipar dipercayai milik dua kanak-kanak tersebut.
"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan mayat kedua-dua mangsa ditemui pada 2.28 pagi.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis," ujarnya. — The Star/VENESA DEVI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram