
SEORANG kanak-kanak perempuan dilaporkan maut selepas tertinggal di dalam sebuah kereta selama tiga jam di Kampung Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
Mangsa yang berusia tiga tahun itu dikatakan tertinggal oleh keluarganya selepas mereka pulang dari sarapan di luar.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya mendapat maklumat yang mangsa tidak sedarkan diri dalam kereta tersebut.
BACA LAGI: Tiada cuti tambahan, Kelantan kekal hari bekerja 28 September
Pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba. — Media sosial
Mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan laporan oleh Pakar Patologi Forensik hospital tersebut mendapati mangsa meninggal dunia akibat strok haba semasa ditinggalkan dalam kereta.
Kanak-kanak perempuan tersebut disahkan meninggal dunia pukul 3.50 petang.
Buat masa sekarang, kes ini dikelaskan sebagai mati mengejut oleh pihak polis dengan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram