
BINTANG Selangor FC, Faisal Halim dilihat sebagai pemain yang paling berbahaya buat Persib Bandung menjelang pertembungan dua seteru Nusantara itu dalam aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada Khamis.
Pemain sayap itu jelas sekali ancaman terbesar juara Indonesia itu dengan Faisal berada pada prestasi terbaik dengan menjaringkan tujuh gol dalam enam perlawanan terakhirnya.
Dengan Selangor begitu mendambakan tiga mata di peringkat Asia, tidak terkejut jika mereka akan mempamerkan permainan agresif walaupun bermain di tempat lawan.
BACA LAGI: Misi hidup mati, Selangor boleh lupakan kempen ACL Two jika tewas di Indonesia
BACA LAGI: Selangor dikhabar rekrut 2 pemain Colombia, Willian Lira bakal ucap selamat tinggal?
Bagi pengendali Persib, Bojan Hodak, Selangor merupakan skuad yang bahaya kerana mempunyai kepantasan dalam corak permainan mereka.
"Selangor merupakan pasukan yang bagus dan mereka baru saja memenangi perlawanan.
"Mereka memiliki pemain yang sangat berkualiti dan baru saja menggantikan jurulatih.
"Mereka juga dilihat bahaya kerana mempunyai ramai pemain pantas. Faisal Halim dalam momentum terbaik dan menjadi aset untuk mencetak gol," ujarnya kepada Viva Goal Indonesia.
Walaupun begitu, Hodak turut sedar yang Selangor mempunyai kelemahan di bahagian pertahanan dengan jumlah bolos mereka berada pada tahap merisaukan.
Setakat ini, Selangor memboloskan sembilan gol dalam Liga Super serta lapan gol dalam dua saingan ACL2 bertemu Bangkok United dan Lion City Sailors.
Jika Selangor tidak menang bertemu Persib, ia akan mengecilkan lagi peluang mereka mendapatkan slot ke pusingan seterusnya ACL2. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram