SEBELUM ini, terdapat banyak cakap-cakap mengenai masa depan Mohamed Salah di Liverpool namun ia dipatahkan apabila pemain itu menandatangani kontrak baharu musim lepas.
Akan tetapi, cakap-cakap itu timbul semula selepas pemain tersebut sekali lagi dikaitkan dengan perjalanan ke pintu keluar dari Anfield.
Ditambah dengan prestasinya yang merudum sejak permulaan musim, mungkin Salah akan meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.
BACA LAGI: Liverpool kembali menang, Salah kekal panaskan bangku simpanan jika masih tak berubah
BACA LAGI: Akhirnya kecundang, sudah sampai masa Arne Slot beranikan diri 'gugurkan' Mo Salah

Prestasi Salah cukup merudum ketika ini. — Agensi
Menurut laporan, Liverpool dikatakan tidak akan menghalang mana-mana pihak yang cuba mendapatkan Salah sama ada seawal jendela perpindahan Januari atau pada akhir musim 2025/2026.
Saham Salah masih lagi tinggi dengan Liverpool mungkin melepaskannya hanya pada harga £69 juta (RM389 juta).
Jumlah itu adalah sama dengan nilai diletakkan Liverpool kepada Real Madrid yang ingin mendapatkan rakan sepasukan Salah iaitu Alexis Mac Allister.
Akan tetapi, terdapat syarat yang harus dipenuhi oleh mana-mana kelab yang mahu mendapatkan Salah.
Syaratnya adalah, walaupun Liverpool tidak keberatan untuk melepaskannya, Salah mempunyai kuasa penuh sama ada dia mahu atau enggan berpindah.
Oleh kerana popularitinya di Anfield, pemain itu diberikan 'lesen' untuk memilih bilakah waktu terbaik untuk berpindah dengan Liverpool juga tidak terburu-buru melepaskannya.
Pengendali The Reds, Arne Slot dikatakan tidak akan memaksa Salah untuk kekal atau cuba menolaknya ke pintu keluar sekiranya dia masih di England pada musim depan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
