
BERITA duka buat penduduk Jengka, Pahang apabila sebuah kilang elektrik yang menjadi nadi ekonomi penduduk setempat milik Alps Electric sudah pun ditutup.
Ia dilihat cukup signifikan kepada warga Jengka dan sekitar kerana ia adalah jenama dari Jepun yang pertama membuka kilang di kawasan tersebut.
Sejak ia dibuka pada 1994, Alps Electric sudah menggajikan ramai penduduk sekitar penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merentasi Jengka, Jerantut dan Maran.
BACA LAGI: Nik Nazmi kunci mulut, Rafizi kemas pejabat
BACA LAGI: ‘Ke mana wasit kita?’ Fans Garuda pertikai guna Nazmi Nasaruddin adili aksi Liga Indonesia
Dengan berakhirnya era Alps Electric di Jengka, ramai yang berasa sedih kerana kilang itu banyak membantu anak tempatan mencari rezeki.
Berita penutupan kilang itu membuatkan ramai mengimbau semula kenangan lalu ketika bekerja dan mencurahkan bakti.
Ada yang berkongsikan pengalaman dapat membantu keluarga selepas bekerja di kilang tersebut, tidak kurang juga bertemu berjaya bertemu jodoh.
"Saya pernah cari rezeki di kilang ini selama 21 tahun, dengan duit itu saya sekolahkan adik-beradik saya enam orang, ALHAMDULILLAH," kata Alniey Husniey.
"Pernah bekerja lima tahun dan bertemu jodoh dengan arwah suami, sudah hampir 20 tahun tinggalkan kilang," ujar Rose Nonie.
"Ayah saya antara pak guard terawal kilang ini. Saya pun pernah kerja di kantin kilang masa cuti semester. Nostalgia lama," kenang Rizal Sarbini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram