SEMANGAT Nusantara antara Malaysia dan Indonesia terserlah apabila penyokong Persib Bandung cukup bermurah hati menjamu makan kepada sekumpulan peminat Selangor FC.
Menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) antara Persib dan Selangor di Indonesia pada Khamis, sekumpulan penyokong Gergasi Merah terbang ke sana untuk menyokong kelab kesayangan mereka.
Di sana, penyokong Persib dikatakan dari gerakan ultras mereka menyambut baik kehadiran peminat Selangor dengan menjamukan mereka dengan makanan yang menyelerakan, difahamkan ketika waktu makan tengah hari.
BACA LAGI: Setuju dengan Bojan Hodak, bekas bintang Perak akui tak boleh pandang mudah Selangor
Dalam rakaman tersebut, pihak tuan rumah berbesar hati menjamukan makanan seperti gulai ayam, tempeh, ikan goreng serta pelbagai santapan lain bersama nasi putih.
Selepas menempuh perjalanan menerusi penerbangan, pastinya penyokong Selangor menyambut baik pelawaan tersebut kerana sambil mengukuhkan silaturahim antara kedua-dua kelab.
Sudah pasti, perkara serupa akan dilakukan kepada penyokong Persib apabila mereka bertandang ke Malaysia pada 6 November kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
