[VIDEO] Senangnya hidup, pemuda tanpa segan silu curi 'parcel' di perumahan Skudai


  • Tular
  • Khamis, 23 Okt 2025

Pemuda itu mengambil 'parcel' yang terletak di depan sebuah rumah di Skudai.

TULAR sebuah rakaman di media sosial melihatkan seorang pemuda dengan begitu mudah mencuri barang atau parcel yang terletak pagar rumah sebuah perumahan di Johor.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Universiti, Skudai, rakaman kamera litar tertutup melihatkan pemuda tersebut berbuat demikian ketika siang.

Mengikut butiran pada rakaman itu, ia berlaku sekitar 4 petang pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Nasib sempat elak, kereta terselamat 'ditelan' tanah runtuh di Balik Pulau

BACA LAGI: [VIDEO] 'Murahnya nyawa', warga emas undang bahaya tunggang motor elektrik seorang diri di MRR2

Semasa kejadian, pemuda tersebut yang dipercayai sendirian memandu kereta jenis Perodua Kancil di hadapan sebuah rumah.

Pada mulanya, dia hanya memandu melepasi rumah tersebut dan kemudiannya berundur di depan pagarnya.

Di depan rumah itu, pemuda tersebut kemudiannya turun dan pergi mendapatkan parcel yang diletakkan di tepi pagar rumah tersebut.

Parcel yang merupakan kotak bersaiz besar itu kemudiannya diambil lalu dibawa pergi oleh pemuda tersebut serta-merta.

Dikatakan, pemuda tersebut ligat melakukan perbuatan tersebut dengan belum ada sebarang maklumat sama ada dia sudah ditangkap oleh pihak berkuasa atau tidak.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram