SORANG pemandu kereta nyaris menjadi mangsa tanah runtuh apabila sempat berhenti dalam kejadian yang berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Khamis.
Dalam kejadian sekitar 4.45 petang di Jalan Tun Sardon itu, rakaman dari kamera papan pemuka (dashcam) melihatkan satu runtuhan berlaku.
Runtuhan itu bagaimana pun dapat dielak oleh sebuah kereta dan berlalu pergi dari tempat kejadian.
BACA LAGI: 'Bukan membantu tapi menindas', peniaga Sungai Petani dakwa kecewa peraturan tapak MPSPK
BACA LAGI: [VIDEO] 'Murahnya nyawa', warga emas undang bahaya tunggang motor elektrik seorang diri di MRR2
Namun begitu, usai kereta itu melepaskan diri daripada runtuhan itu, sebatang tiang lampu turut dilihat tumbang dan jatuh pada jalan.
Insiden tersebut sudah mendapat perhatian pihak berkuasa dengan jalan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.
Setakat ini, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kemalangan maut berkaitan tanah runtuh itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
