Tiada cuti tambahan, Kelantan kekal hari bekerja 28 September


  • Massa
  • Rabu, 24 Sep 2025

Keputusan itu diberitahu oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

KERAJAAN Negeri Kelantan memaklumkan bahawa tiada cuti umum tambahan akan diberikan pada Ahad ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V.

Memetik laporan Kosmo!, Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri hanya mengisytiharkan cuti umum pada Isnin dan Selasa, manakala Ahad kekal sebagai hari bekerja seperti biasa selepas mengambil kira jadual cuti yang telah ditetapkan.

Beliau menjelaskan, terdapat permohonan daripada Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk memberi cuti ganti kepada sekolah-sekolah di bawah yayasan berkenaan, tetapi kerajaan negeri menegaskan kelulusan cuti bergantung kepada permohonan rasmi yang dikemukakan oleh setiap sekolah. 

BACA LAGI: [VIDEO] Bakal suami terlibat kemalangan, pengantin teruskan akad nikah di hospital Kelantan

BACA LAGI: Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Borneo miliki khazanah pekan kecil buat pencinta kedamaian

“Sekiranya terdapat sekolah-sekolah yang merasakan perlu untuk mendapatkan cuti ganti, mereka boleh mengemukakan permohonan. Insya-ALLAH, kerajaan negeri akan memberikan cuti ganti kepada sekolah di bawah pengurusan YIK pada hari Ahad ini,” katanya.

Yayasan Islam Kelantan.

Mohamed Fadzli ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di Kota Bharu, Kelantan pada Rabu. 

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri menyokong cadangan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat yang memberi pandangan agar peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes rogol membabitkan hubungan suka sama suka melibatkan remaja bawah umur dikaji semula.

Katanya, beliau melihat cadangan tersebut sebagai satu langkah ke arah mewujudkan keadilan bagi pelaku lelaki dan perempuan. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram