
LEGENDA badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei kembali semula ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai salah seorang daripada ke jawatankuasa yang direncana semula.
Presiden BAM, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memberitahu Chong Wei kembali berkhidmat di persatuan itu bermula Sabtu.
Ia disahkan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis persatuan yang dilakukan di Bandar Sunway, Selangor.
BACA LAGI: 'Ini untuk semua yang menyokong', Lee Chong Wei kini bergelar Datuk Seri
BACA LAGI: TMJ umum Datuk Lee Chong Wei duta sukan Johor
Chong Wei kembali ke BAM untuk mengetuai jawatankuasa prestasi. — Agensi
Chong Wei akan mengetuai jawatankuasa berkaitan prestasi di BAM dengan persatuan itu membuat rombakan terhadap strukturnya.
BAM mengecilkan jumlah jawatankuasanya daripada 14 kepada 10 dengan sembilan pengerusi akan dilantik.
Ia menyaksikan salah seorang daripada sembilan pengerusi itu akan memegang dua jawatankuasa.
"Kami turut bersetuju untuk pengerusi bagi hampir semua jawatankuasa. Sebagai contoh, Chong Wei akan mengetuai jawatankuasa prestasi.
"Kami mengecilkan jawatankuasa dari 14 kepada 10 dengan menfokuskan ia untuk sealrih dengan pelan Tangkis 2030.
"Daripada 10 jawatankuasa ini, kami bersetuju untuk melantik sembilan pengerusi yang terdiri daripada ahli majlis (persatuan), dengan yang lain akan berkhidmat sebagai ahli. Kami akan muktamadkan ia secepat mungkin dan menjemput pakar dari bidang masing-masing untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa," kata Tengku Zafrul.
Dalam masa yang sama, Tengku Zafrul sebagai presiden dan Setiausaha Agung BAM, Kenny Goh tidak akan mengetuai sebarang jawatankuasa.
Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan yang boleh berlaku dalam pengurusan BAM. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram