
SEMUA orang tahu yang Malaysia merupakan negara menjadi pilihan ramai pelancong untuk datang melihat keindahan alam.
Negara ini juga menjadi tempat warga asing datang untuk mencari rezeki atau pun menyambung pelajaran mereka di universiti.
Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, namun tiada siapa menyangka yang negara ini merupakan tempat terbaik untuk belajar bahasa Inggeris.
BACA LAGI: Chong Wei kembali ke BAM, ketuai jawatankuasa prestasi
BACA LAGI: Awas Sang Penyu, 'taring baharu' Kuching City sedia gigit TFC di Gong Badak
Bagi seorang pempengaruh, Alexey Brock yang menentap di Malaysia, negara ini adalah tempat terbaik untuk menajamkan penguasaan bahasa Inggeris.
Menurutnya, situasi di mana semua orang di negara ini sedang sama-sama belajar bahasa tersebut menjadikan ia tempat yang sesuai.
"Jika nak belajar bahasa Inggeris, jangan ke Amerika Syarikat atau England, sebaliknya ke Malaysia. Kenapa? Di sini, semua orang bersama-sama mempelajarinya.
"Anda akan dapat satu kuasa iaitu memahami semua dialek di dunia ini. Ada Melayu, Cina, India, Itali, Perancis, Afrika, Korea Selatan dan Jepun.
"Sebagai seorang yang mempelajari bahasa Inggeris di Malaysia, saya belajar daripada orang Cina, orang Melayu, orang India dan pelbagai jenis orang," katanya.
Brock juga mengatakan yang bahasa Inggeris yang dipelajari di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kepelbagaian budaya.
Disebabkan itu, ia akan membantu orang untuk lebih mudah memahami kita apabila bercakap dalam bahasa Inggeris.
"Anda akan memahami orang lain dengan lebih mudah sebab sudah biasa mendengar pelbagai jenis dialek di sini.
"Dengan itu, orang lain dari seluruh dunia juga akan mudah memahami kita," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram