Cuma ada 16 peratus peluang untuk menang, Man United berdepan cabaran getir berdepan Liverpool


  • Podium
  • Ahad, 19 Okt 2025

Manchester United turun sebagai pasukan bukan pilihan bertemu Liverpool. — Agensi

SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali lagi selepas rehat bola sepak antarabangsa dengan tumpuan terarah ke Anfield apabila Liverpool berdepan Manchester United pada Ahad.

Perlawanan tumpuan itu sama ada di England dan seluruh dunia itu, akan melihatkan bagaimana United yang dilihat agak goyah bersama Ruben Amorim berdepan juara bertahan.

Dengan Liverpool juga sedikit goyah, kedua-dua aksi ini amat penting terutamanya buat United bagi mengelak lebih banyak kerugian berlaku.

BACA LAGI: Jangan lupa Man United, Bruno Fernandes berusia 33 tahun bila kontraknya tamat

BACA LAGI: Dikatakan hampir ke Arab Saudi, Bruno Fernandes sebenarnya mahu kekal di Man United

Peratusan kecil untuk menang

United memasuki ke perlawanan ini sebagai calon bukan pilihan untuk menang dan itu mungkin diterima baik oleh penyokong mereka.

Hal ini kerana, perkiraan peluang untuk United menang juga dilihat cukup kecil jika hendak dibandingkan dengan Liverpool.

Peratusan United untuk menang sangat sedikit. — Google

Berdasarkan perkiraan Supercomputer, United dikatakan mempunyai sekadar 16 peratus untuk menang berbanding Liverpool yang ada 60 peratus peluang untuk meraih tiga mata.

Lebih pedih, peratusan untuk seri adalah tinggi berbanding peluang kemenangan untuk United iaitu sebanyak 20 peratus.

Faktor Anfield

Satu perkara yang menjadi kesukaran buat United adalah faktor beraksi di tempat lawan.

Beraksi di Anfield, sememangnya sukar untuk mana-mana kelab dan ia jelas lebih sukar buat United kerana faktor perseteruan antara mereka dengan Liverpool.

Kali terakhir mereka bertemu di Anfield berakhir dengan seri 2-2. — Agensi

Malah pada lima aksi terakhir United di Anfield, mereka gagal untuk meraih sebarang kemenangan dengan keputusan pertemuan terakhir pada musim lalu adalah seri 2-2.

Lebih mengecewakan, dalam lima pertemuan terakhir itu turut menyaksikan United tumpas 0-7 pada 2023.

Sekso boleh jadi wira

Walaupun segalanya tampak sukar dan tidak memihak United, mereka masih boleh mengharapkan sesuatu daripada perlawanan berdepan Liverpool.

Harapan boleh diletakkan kepada penyerang baharu mereka, Benjamin Sesko untuk meraih mata dengan dia sudah pun mula biasa dengan corak United.

Sesko sudah ada dua gol bersama United. — Agensi

Sekso sudah menjaringkan dua gol dalam tujuh penampilannya bersama United, walaupun angka itu tidak begitu menyakinkan namun potensi untuk dia semakin menyerlah itu ada.

Pertembungan ini jelas sengit, antara The Reds atau The Red Devilis pasti akan ada yang kecewa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram