Prinsip 'no one left behind' hanya mitos, misteri kematian pendaki Gunung Liang masih belum terungkai


  • Massa
  • Jumaat, 17 Okt 2025

Pihak bomba menemui mayat Mustaqqeem di Gunung Liang.

SALAH satu daripada prinsip ketika melakukan misi memasuki hutan atau pun mendaki gunung adalah semangat setia kawan antara para peserta.

Semangat no on left behind (tiada siapa yang tertinggal) lazimnya akan diterapkan supaya misi dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Namun begitu, semangat itu dilihat seolah-olah hanya mitos dalam sebuah misi pendakian di Gunung Liang di Tanjong Malim, Perak.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pergi sembahyang!', sahabat syurga tak gentar digertak demi tegur rakan leka main telefon

BACA LAGI: ‘KL lockdown’, 6 lebuh raya termasuk Elite-MEX antara ditutup sempena Sidang Kemuncak Asean

Dalam perkongsian oleh Zainuddin Omar di Facebook, dia menceritakan bagaimana satu misi mendaki gunung tersebut menyebabkan kematian salah seorang pesertanya.

Pendakian itu dilakukan pada 10 Oktober lalu dengan disertai oleh 10 peserta termasuk dua malim gunung bermula dari Fraser Hill, Pahang.

Empat hari kemudian, kesemua 10 peserta berjaya sampai ke puncak Gunung Liang dan seorang peserta bernama Mustaqqeem Mansor mengalami sakit kaki dan ditinggalkan oleh lapan peserta lain bersama seorang rakan.

Dari situ, bermulanya detik hitam dan misteri kematian Mustaqqem.

"Selepas tunggu sehari, apabila tiada bantuan sampai, rakan Mustaqqeem turun seorang diri untuk mencari bantuan dan akhirnya berjumpa.

"Apabila bantuan sampai puncak Gunung Liang, mereka dapati Mustaqqeem telah meninggal dunia. Dikhabarkan puncak Gunung Liang sangat sejuk pada waktu malam antara 10 hingga 13 darjah celsius," katanya.

Dikatakan yang bantuan hanya digerakkan selepas isteri mangsa melakukan laporan polis di Pulau Pinang selepas mendapati suaminya masih belum pulang.

Sehingga kini, tidak diketahui punca sebenar kematian Mustaqqeem dengan persoalan terletak kepada lapan peserta lain yang turun terlebih dahulu meninggalkan mangsa.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram