
SEORANG gadis di Vienam tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya melihat pengorbanan bapanya untuk memastikan impian belajar di luar negara tidak musnah.
Pelajar terbabit berkongsi pengalaman bapanya yang meredah banjir menggunakan rakit semata-mata untuk memastikan dia tidak terlepas penerbangan ke Taiwan untuk melanjutkan pelajaran.
Remaja yang dikenali sebagai Hoang Ngoc Quyen berkata, banjir yang berlaku di Thai Nguyen, Vietnam pada 11 Oktober membuatkan bapanya berfikir peluang untuk sampai ke lapangan terbang sebelum penerbangan dijadualkan pada 12.30 tengah hari adalah tipis.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Pergi sembahyang!', sahabat syurga tak gentar digertak demi tegur rakan leka main telefon
Namun begitu, dengan menggunakan rakit dan 2/3 badan ditenggelami air, bapa Ngoc Quyen meredah banjir demi memastikan impiannya tidak musnah.
"Saya tidak pernah bayangkan yang kami akan dapat sampai dari kawasan banjir ke lapangan terbang tepat pada masanya untuk menaiki kapal terbang ke Taiwan untuk sambung belajar.
"Ingat, hanya ibu bapa saja sayang kita tanpa syarat. Kita mungkin terbang tinggi dan jauh, tapi jangan lupa ibu bapa yang menunggu di rumah dan jangan biarkan sesiapa menganggu kita.
"Bapa saya adalah dunia saya. Saya akan terus berusaha dan berharap ibu bapa saya akan tunggu saya untuk menjadi dewasa," ujarnya.
Ngoc Quyen mengatakan pada pukul 9 pagi hari penerbangan, kawasan rumahnya masih banjir dan hampir mustahil untuk pergi ke lapangan terbang.
"Bapa saya kata 80 peratus peluang untuk saya terlepas penerbangan, namun 20 peratus lagi dia kata yang dia akan berusaha sebaik mungkin," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram