Dikatakan hampir ke Arab Saudi, Bruno Fernandes sebenarnya mahu kekal di Man United


  • Podium
  • Khamis, 09 Okt 2025

Bruno Fernandes dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Arab Saudi.

PERANCANG Manchester United, Bruno Fernandes tidak berasakan yang masa depannya akan terletak di Arab Saudi.

Pemain berusia 31 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi dengan tawaran £100 juta (RM563 juta).

Namun begitu, pemain dari Portugal itu mengatakan yang dia hanya mahu kekal di United sekurang-kurangnya sehingga kontraknya tamat pada 2027.

BACA LAGI: Punca Man United seri, Bruno Fernandes bagi alasan paling mengarut dalam sejarah EPL

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kenal erti penat, Bruno Fernandes hanya mahu rehat andai sudah tidak bernyawa

Fernandes sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi.

Kontrak Fernandes itu boleh dipanjangkan sehingga 2028 dengan United mempunyai pilihan untuk melanjutkannya.

Buat masa sekarang, Fernandes begitu komited dengan kontraknya di United memandangkan Ruben Amorim melihatnya sebagai watak penting pasukan.

Fernandes musim ini lebih kerap diturunkan di bahagian lebih mendap (deep) bahagian tengah United dengan Amorim mengatakan itu membolehkan dia mendapat bola lebih kerap.

Namun begitu, ada cadangan mengatakan yang dia lebih baik diletakkan di kawasan menyerang kerana ketajamannya di depan gol lawan.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan yang Fernandes sedia meninggalkan kelab itu sebaik saja tamat Piala Dunia 2026.

Dengan terdapat pelbagai cerita menyatakan Fernandes mahu pergi dan tak kurang juga laporan menyebut kesetiaanya terhadap United tidak berbelah bahagi, penyokong semestinya tertanya-tanya apakah kesudahan saga perpindahan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram