
NAMA Bruno Fernandes sudah beberapa tahun menjadi watak penting buat Manchester United dan tidak hairan jika namanya terus menjadi buruan kelab-kelab lain.
Dia dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi dengan jumlah perpindahan £100 juta (RM563 juta) namun pemain itu dikatakan sedia untuk kekal di Old Trafford.
Tawaran tersebut sememangnya lumayan, dengan usia Fernandes kini 31 tahun, tidak salah untuk United memilih untuk melepaskannya.
BACA LAGI: Dikatakan hampir ke Arab Saudi, Bruno Fernandes sebenarnya mahu kekal di Man United
BACA LAGI: Punca Man United seri, Bruno Fernandes bagi alasan paling mengarut dalam sejarah EPL
Tawaran bukan sikit-sikit
Status Fernandes sebagai watak penting dalam skuad United jelas membantu menaikkan tag harga pemain dari Portugal itu.
Dengan Saudi sedia membayar sehingga RM563 juta, ia membuktikan kualitinya masih baik dengan tawaran itu cukup sukar untuk ditolak oleh United.
Fernandes menerima tawaran lumayan dari Arab Saudi. — Agensi
Sukar untuk United menolak tawaran tersebut kerana jika ia diterima, ia dapat membantu pelaburan semula (reinvestment) kepada skuad dengan Ruben Amorim boleh membeli pemain baharu yang lebih muda.
Jika United menanti lebih lama, nilai Fernandes pastinya akan mula menurun akibat usianya semakin meningkat.
Usia semakin meningkat
Satu perkara yang United harus fikir dalam-dalam sebelum hendak atau tidak mahu menjual Fernandes adalah dengan melihat faktor usia dan kontrak pemain tersebut.
Kontrak Fernandes akan tamat pada 2027 dengan mereka ada pilihan untuk melanjutkannya untuk setahun lagi sehingga 2028.
Fernandes terlepas gelaran Liga Europa pada 2024/2025. — Agensi
Pada 2027, Fernandes akan berusia 33 tahun manakala setahun kemudian, umurnya akan meningkat menjadi 34 tahun.
Jadi, United harus bijak menguruskan situasi Fernandes kerana jika tidak, kelab akan kehilangan pemain tersebut dengan percuma.
Jual tanda move on
Keputusan untuk melepaskan Fernandes bukan sekadar berdasarkan faktor kewangan, namun ia boleh menjadi petanda evolusi bermula di Old Trafford.
Penjualan Fernandes boleh menjadi tanda yang United bersedia untuk move on daripada pemain itu dan bergerak ke hadapan bersama pemain lebih muda.
Skuad United ketika ini dibina di sekeliling Fernandes. — Agensi
Sudah pasti, transisi itu pastinya sukar kerana United dibina di sekeliling pemain itu, jadi penggantinya mempunyai tugas sukar dalam menyamai impak ditinggalkan.
Lima tahun Fernandes beraksi bersama United, jika sudah tiba masanya untuk pergi maka sekarang adalah waktunya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram