‘Bukan setakat ganti rugi, tapi keselamatan kami terancam’, penduduk Putra Heights masih trauma 6 bulan selepas tragedi


  • Massa
  • Sabtu, 18 Okt 2025

Letupan paip gas di Putra Heights itu menyebabkan kerosakan harta benda yang cukup besar.

ENAM bulan selepas tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Selangor, trauma yang dihadapi penduduk masih belum hilang.

Walaupun tiada kehilangan nyawa dilaporkan, kecederaan dan kerugian harta benda akibat tragedi pada April lalu begitu besar untuk dihadapi mereka.

Bagi penduduk di situ, mereka masih mendambakan keadilan daripada tragedi yang dialami dan 36 individu sudah bekerjasama untuk menyaman pihak Petronas Gas, kerajaan Persekutuan dan beberapa pihak lain atas insiden itu.

BACA LAGI: Insiden Putra Heights: Aktivis wanita sanggup tak tidur 40 jam demi selamatkan haiwan terjejas kebakaran

BACA LAGI: Laporan penuh letupan Putra Heights dijangka siap hujung Jun — Ketua Polis Selangor

Api marak itu boleh dilihat dari jarak jauh semasa kejadian.

Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya pada Jumaat dengan menamakan Petronas Gas Bhd, Hong Homes Sdn Bhd, Pinterers Ventures Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bagi salah seorang plantif, Chen Ka Kim, 62, seluruh penduduk bukan saja mencari pampasan tetapi kebenaran.

"Paip gas itu begitu dekat dengan rumah kami.

"Kami bukan saja mencari pampasan tetapi kebenaran mengenai perubahan sistem berkenaan cara keselamatan awam diuruskan," katanya.

Seorang lagi plantif, Loh Poh Heng, 43, pula berkata dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi walaupun bantuan ada diberikan oleh kerajaan.

"Majoriti daripada kami masih menyewa rumah di tempat lain. Sementara kami masih menerima bantuan kerajaan selama setahun, ia tidak memadamkan trauma atau rasa kurang pasti yang menyelubungi kami," ujarnya.

Ketika kejadian April lalu, api marak yang terhasil daripada letupan paip gas tersebut adalah setinggi 40 meter dengan jangkaan suhu semasa itu adalah kira-kira 1000 darjah Celcius.

Semasa tragedi itu, laporan rasmi mendapati sebanyak 511 rumah penduduk terjejas. — The Star/AIDA AHMAD

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram