'Ini untuk semua yang menyokong', Lee Chong Wei kini bergelar Datuk Seri


  • Podium
  • Rabu, 30 Jul 2025

Chong Wei (kiri) ketika Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang.

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini bergelar Datuk Seri selepas dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib pada Rabu.

Chong Wei menerima pingat berkenaan pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Menurut posting di media sosial, Chong Wei yang menenangi dua pingat perak Sukan Olimpik menyatakan penghargaan buat semua yang menyokongnya.

BACA LAGI: Man United buktikan faktor sejarah mampu tarik pemain ternama walaupun dalam 'zaman gelap'

BACA LAGI: Semifinalis Piala FA: Akmal Rizal tak rasa ada kejutan awal

Kata Chong Wei, darjah kebesaran yang diterimanya itu bukan sekadar untuk dirinya tetapi bagi semua pihak yang menyokong kariernya yang penuh gemilang selama ini.

"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas pengiktirafan yang amat bermakna ini. Walaupun saya telah bersara dari gelanggang, semangat Malaysia – terutamanya Pulau Pinang – sentiasa saya bawa ke mana sahaja saya pergi.

"Gelaran ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua yang telah menyokong saya sepanjang perjalanan ini," kata Chong Wei.

Pada istiadat diadakan di Dewan Sri Pinang, George Town, Chong Wei turut ditemani oleh isterinya, Datin Wong Mew Choo yang juga bekas pemain perseorangan wanita kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram