
NEGERI Sembilan FC berdepan misi getir pada Sabtu apabila mereka bakal menerima kunjungan Selangor FC dalam suku akhir pertama Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Pertembungan lalu menyaksikan anak-anak buah Nidzam Jamil berjaya mencuri tiga mata dalam aksi Liga Super dengan dua gol lewat Mio Tsuneyasu memastikan kemenangan 2-1 milik mereka.
Jadi, kemenangan perlu direkodkan skuad Jang dalam perlawanan akan datang untuk menghidupkan peluang melangkah ke separuh akhir pertandingan buat kali pertama sejak 2017.
BACA LAGI: Selain 5 pemain lokal, CEO NSFC sanggup terbang ke Jepun cari kawan untuk Sasaki
BACA LAGI: Kelab kecil bukan masalah, 3 import pilih setia berbanding glamour
Sasaki berkongsi keadaan dialaminya yang boleh menghalangnya dari beraksi.
Pasukan terbaik perlu diturunkan Nidzam untuk memastikan bekalan selesa diperolehi memandangkan Selangor FC turut bercita-cita besar mara ke peringkat seterusnya.
Bagaimanapun, tamparan hebat dialami Negeri Sembilan FC selepas kapten pasukan, Takumi Sasaki berkongsi kecederaan terbaru dialaminya yang boleh memberi kesan terhadap persembahannya di laman sendiri.
Import dari Jepun itu sebelum ini berkongsi sekeping foto memaparkan sinaran X dilakukan ke atas wajahnya berserta kapsyen ringkas 'Hidung saya patah'.
Kecederaan tersebut dipercayai menimpa pemain berkenaan ketika sesi latihan kerana kali terakhir dia beraksi menentang Penang FC, tiada sebarang masalah dialaminya.
Sasaki memakai topeng perlindungan khas ketika terlibat dalam sesi latihan. — Facebook/Negeri Sembilan FC
Keadaan berkenaan kemudian menyaksikannya terpaksa berlatih menggunakan topeng perlindungan muka dengan harapan khidmatnya dapat ditagih dalam aksi menentang Selangor FC.
Sekiranya tiada Sasaki, Negeri Sembilan FC akan mengalami masalah besar dari segi serangan meskipun Tsuneyasu boleh menutup kehilangan yang mungkin ditinggalkan kapten skuad Jang itu.
Meskipun hanya merekodkan satu bantuan jaringan setakat ini, Sasaki memainkan peranan penting buat pasukannya dengan kesungguhan ditonjolkan di atas padang cukup penting dalam perancangan Nidzam.
Pengendali skuad Jang itu juga pasti mengharapkan tonggak pasukan tersebut boleh beraksi memandangkan dia cukup runsing akan ketiadaan Alex Agyarkwa yang tidak boleh diturunkan kerana persetujuan dalam pinjaman.
Ketiadaan pemain tengah dari Ghana terbabit sebelum ini tidak memberi kesan terlalu besar, namun Selangor FC pasti lebih bersedia setelah memandang rendah pasukan berkenaan sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram