‘Lemau’ di tempat lawan, Selangor dan Penang antara 3 kelab Liga Super wajib kutip 3 mata di laman sendiri


  • Podium
  • Selasa, 07 Okt 2025

Dari kiri: Penang, Negeri Sembilan dan Selangor antara kelab yang mempunyai 'away form' tidak memberangsangkan.

ANTARA salah sebuah penunjuk prestasi sesebuah pasukan bola sepak adalah dengan melihat kepada persembahan mereka di tempat lawan.

Prestasi di tempat lawan (away form) adalah penting kerana jika mereka mampu beraksi sebagus di laman sendiri, mereka adalah calon untuk menjadi juara liga.

Akan tetapi di Liga Super, terdapat beberapa kelab yang mampu bermain baik di laman sendiri tetapi cukup 'lemau' apabila bertandang ke gelanggang lawan.

BACA LAGI: CEO NSFC beri 'hint' bawa muka baharu ubati prestasi tak konsisten

BACA LAGI: 'Pressing gameplay', aksi petang jadi kelebihan Imigresen ketika bertemu Selangor

Penang FC

Walaupun sudah berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super menewaskan Negeri Sembilan FC di laman sendiri, Penang FC masih lagi tidak dapat menyorokkan persembahan buruk mereka di tempat lawan.

Setakat enam perlawanan sudah dihadapi mereka, Harimau Kumbang hanya mengutip empat mata dengan satu daripada terhasil di laman lawan.

Penang turut terkesan dengan prestasi mereka di tempat lawan. — Facebook/Penang FC

Penang sudah beraksi dua kali di laman lawan dengan mencatatkan rekod satu seri, satu kalah sambil memboloskan tujuh gol hasil kedua-dua aksi.

Ia jelas tidak membantu Penang apabila mereka menduduki zon bawahan iaitu kedudukan kesembilan.

Negeri Sembilan FC

Musim ini, Negeri Sembilan FC mempamerkan salah satu aksi bola sepak yang menghiburkan apabila berjaya mencipta pelbagai kejutan dengan keputusan memberangsangkan bertemu Selangor FC dan Sabah FC.

Namun itu semua cerita di laman sendiri kerana setakat ini, Negeri Sembilan mempunyai rekod buruk di laman lawan selepas melaluinya tiga kali.

Negeri Sembilan mengutip satu mata ketika bertemu Imigresen. — Facebook/Negeri Sembilan FC

Mereka hanya mengutip satu mata semasa bertemu Imigresen FC namun tumpas kepada Penang dan Johor Darul Ta'zim semasa melawat Stadium Bandaraya dan Stadium Sultan Ibrahim.

Prestasi tersebut jelas tidak disenangi oleh penyokong skuad Jang walaupun mereka kini ditempat keenam Liga Super dengan lapan mata.

Selangor FC

Gergasi Lembah Klang itu jelas sekali berdepan musim penuh gelora baik di peringkat domestik atau antarabangsa.

Selangor FC sudah beraksi sebanyak tiga kali di laman lawan musim ini dan mereka gagal meraih sebarang mata daripada ketiga-tiga aksi.

Selangor tumpas tiga kali beraksi di tempat lawan. — Facebook/Selangor FC

Dalam tiga perlawanan tersebut, Selangor tumpas kepada JDT dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah selain kalah pada minit akhir berdepan Negeri Sembilan selain tumbang kepada Kuching City FC di Sarawak.

Rekod itu jelas buruk buat Selangor dengan mereka harus membaikinya supaya tidak terus ketinggalan walaupun sekarang sedang menghuni tempat kelima dengan sembilan mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram