
MUSIM ini, penyokong Negeri Sembilan ternyata gembira dengan prestasi skuad Nidzam Jamil apabila menampilkan peningkatan ketara berbanding sebelum ini.
Namun begitu, di sebalik persembahan baik itu, skuad Jang berdepan masalah apabila prestasi mereka di laman lawan tidak memberangsangkan.
Setakat ini, Negeri Sembilan sudah tumpas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Liga Super, PDRM FC (Piala FA) dan terkini, Penang FC (Liga Super).
BACA LAGI: [VIDEO] 'Hooligan' Negeri Sembilan bikin kecoh, lancar provokasi lepas kalah kepada Penang
BACA LAGI: Lewat sesuaikan diri punca Nidzam bergelut lepasi ujian tempat lawan bersama Selangor-NSFC
Respons Faliq terhadap luahan penyokong Negeri Sembilan mengenai prestasi buruk mereka di tempat lawan.
Situasi itu jelas sekali tidak disenangi penyokong kerana menampakkan kurangnya konsistensi dalam skuad Nidzam apabila melawat gelanggang lawan.
Perkembangan itu mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus yang memberikan bayangan kelab akan terus bekerja keras membaiki situasi itu.
Salah satu caranya adalah dengan menguatkan barisan sedia ada menerusi pengambilan pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang.
"Saya minta maaf bagi pihak kelab atas prestasi tidak konsisten itu, sebab pendekatan bagi setiap permainan adalah berbeza kerana sukan adalah perkara kolektif.
"Tapi di sudut pengurusan, kemungkinan besar kita akan ada aktiviti perpindahan pada jendela perpindahan kedua untuk membaiki keadaan," ulas Faliq.
Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan dibuka pada 5 Januari hingga 1 Februari 2026 dan Negeri Sembilan dijangka akan menggunakan peluang itu untuk menguatkan skuad.
Negeri Sembilan kini di tangga keenam Liga Super dengan mengutip lapan mata selepas enam perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram